“Saya Bukan Rajin, Apa Lagi Takut Bini .Saya Cuma Nak Hidup Tenang.” Lelaki Ni Kongsikan Setiap Hari Sebelum Tidur Buat Tip Ini!

Share

Sering kali bab menguruskan anak-anak dan rumah tangga diletakkan di bahu isteri. Lagi lagi kalau yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah. Namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan.

Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.

Kali ini saudara khairul ezuwan berongsi tip membantu isteri mengemas rumah terutama di bahagian dapur sebelum tidur. Selamat mencuba!

Saya bukan rajin, apa lagi takut bini .Saya cuma nak hidup tenang . Hidup kita akan tenang bila pagi-pagi muka isteri senyum, kalau pagi-pagi muka isteri dah ketat , rasa kelam hidup kau satu hari 😩, lagi-lagi masa MCO ni .

Ini teknik nak bagi isteri muka tak ketat pagi-pagi . Setiap hari Sebelum kau tidur, Kau kemas dapur cantik-cantik & basuh semua, jangan tinggal walau satu garpu pon atas meja & dalam Sinki tak berbasuh , lap semua kasi berkilat, kosongkan tong sampah . Siap , baru kau masuk tidur.

Esok pagi confirm isteri takde point nak bebel. Padan muka dia . Suami-suami yang nak hidup korang tenang masa MCO ni, sila ikut Tips ni .

Kredit. khairul ezuwan

 

IKLAN