“Saya Sayang Awak. Abi Tahan Air Mata.” Sertai Misi Bantuan Ke Sabah, Ardell Aryana Sebak Tinggalkan Suami & Anak!

Share

pelakon dan juga usahawan, Ardell Aryana, dikhabarkan akan pergi ke negeri itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.

Dalam perkongsian suaminya menerusi laman instagram, Nadzmi Adhwa memuat naik video saat Ardell mengucapkan selamat tinggal sebelum berangkat ke Sabah.

Nadzmi menerusi perkongsian itu memohon doa daripada orang ramai agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang berada di Sabah.

“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang 🤲🏻 Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu. Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu ❤️🤲🏻 Saya sayang awak 😘 Abi tahan airmata tadi 🤣

Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut mendoakan semoga Ardell dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.

Sumber : nadzmiadhwa

 

IKLAN