Tagline’ ‘Comel tak Kak Ton? Cukup sinonim dengan pengusaha produk ini. Daripada dewasa sehingga kanak-kanak, terikut-ikut untuk mengajuknya.

Walaupun ada yang sinis mendengar ungkapan tersebut, namun wanita yang bergelar jutawan ini tidak pernah ambil kisah sama sekali dan terus-menerus melakukannya bagi menarik perhatian bagi membuatkan iklannya sentiasa diingati ramai.

Kak Ton atau nama sebenarnya Zaiton Hassan  antara jutawan kosmetik yang popular di Malaysia. Berdarah Melayu kacukan Pakistan,Arab, Thailand dan Laos. Kak Ton juga memiliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Lam Kam Heng, Bangkok.

“Saya Selalu Doa, Ya Allah Saya Nak Duduk & Mati Di Sana.”  Kak Ton Kongsi Impian Mahu Tinggal Di Mekah.

Sudah mempunyai bangunan wismanya yang sendiri, Kak Ton terus mengorak langkah melebarkan perniagaan dengan lebih pesat lagi. Namun, dengan kemunculan ramai pengusaha produk baru di pasaran, Namanya sedikit tenggelam.

Terbaru, beliau ditemui dalam satu majlis pelancaran produk minuman kecantikan milik anak perempuannya, Nadia Annuar.

“Saya Selalu Doa, Ya Allah Saya Nak Duduk & Mati Di Sana.”  Kak Ton Kongsi Impian Mahu Tinggal Di Mekah.

“Insyaallah tak lama lagi akan keluar dengan produk baru tak lama lagi. Sebenarnya saya slow down kerana waktu tengah naik, tak ada lawan. Tetapi bila saya naik ramai yang lawan. Tetapi memandangkan, ada pelanggan tetap, saya tak bimbang soal persaingan. Saya orang lama dan ibarat ‘legend’ dalam bidang ini.

IKLAN

“Saya jenis orang yang suka berniaga tetapi bukan hanya fikirkan tentang soal keuntungan semata-mata, tetapi juga hal pahala dan sebagainya dalam fikiran. Kerana itu akan datang saya akan keluarkan produk yang berbeza dengan apa yang ada dan dikeluarkan oleh pengusaha yang lain.

“Saya Selalu Doa, Ya Allah Saya Nak Duduk & Mati Di Sana.”  Kak Ton Kongsi Impian Mahu Tinggal Di Mekah.

“Apabila anak masuk bisnes, saya sokong dan selalu cakap, nasihat supaya ikhlas dan buat yang terbaik untuk pengguna. Nanti kita nak tanggung dosa. Esok mati tak larat kita nak tanggung benda itu. Kebetulan anak saya, Nadia memang berbakat dalam bidang ini. Mungkin dia mewarisi bakat ibunya, “seloroh kak Ton.

Dalam usianya yang sudah menjangkau 61 kini, akui Kak ton dia memberi masa tiga tahun lagi untuk aktif dalam bidang bisnes. Malah, beliau berharap akan  ‘boom’ lagi sekali lagi sebelum mengambil keputusan untuk bersara

“Dalam masa 3 tahun mungkin saya sudah behenti dan waktu itu mungkin saya berada di Mekah atau Madinah. Soal bisnes itu terpulang kepada anak-anak sama ada mereka mahu meneruskan atau tidak.  Lagipun mereka punya bakat dalam bidang ini.

IKLAN

“Saya Selalu Doa, Ya Allah Saya Nak Duduk & Mati Di Sana.”  Kak Ton Kongsi Impian Mahu Tinggal Di Mekah.

“Impian saya sejak dahulu lagi adalah untuk tinggal di Mekah. Sepatutnya saya sudah pergi lama di sana. Dulu waktu muda-muda bekas suami saya adalah pramugara. Jadi, merata tempat pergi seluruh dunia. Tetapi sejak buat produk dan usia sudah lanjut, saya suka bawa orang pergi umrah dan Mekah.Apabila duduk di situ kita rasa tenang.

“Kerana itu hati saya selalu ada di sana.  Saya selalu minta yang satu ni padaNya, Ya Allah saya nak bersara dan duduk di Mekah atau Madinah dan nak mati di sana.

“Soal anak-anak tak ada masalah kerana bukan akan tinggal terus. Boleh pulang sesekali. Waktu tiga tahun itu saya rasa Boy pun sudah berkahwin. Jadi saya rasa kehidupan mereka sudah teratur,” jelas Kak Ton lagi.

“Saya Selalu Doa, Ya Allah Saya Nak Duduk & Mati Di Sana.”  Kak Ton Kongsi Impian Mahu Tinggal Di Mekah.

IKLAN

Sempat menitipkan nasihat buat anak-anaknya, ujar Kak Ton rezeki itu datang dari Allah dan harus cari yang halal.

“Saya selalu tanya orang, DUIT datang dari mana. Tapi tak ada yang boleh jawab. Saya selalu ajar pada anak-anak DUIT datang dari Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru jadi DUIT yang halal. Kita kalau nak cari rezeki, kena cari yang halal, jangan menipu.

“Saya Selalu Doa, Ya Allah Saya Nak Duduk & Mati Di Sana.”  Kak Ton Kongsi Impian Mahu Tinggal Di Mekah.

“Saya tak pernah cakap produk saya boleh tapi Kun Fa Ya Kun, insyaaallah cuba Selawat Nabi dan alhamdulillah, produk saya masih diminati. Walaupun lama tak muncul, namun produk tetapi menjadi pilihan pengguna sehingga kini,”ungkap kakTon sebelum menutup perbualan.

Ingat pesanan Kak Ton, macam mana pun anda berusaha dalam mencari rezeki, rezeki yang halal jua yang akan membawa kepada keberkatan. #keluargamag

Posted by Keluarga on Thursday, 21 February 2019

Sumber gmbar: IG lagendakakton

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI