Sayang Nak Buang, Wanita Ni Tukar Botol Sabun Jadi Pasu Berbentuk Gajah & Itik Untuk Tanam Bunga. Kreatifnya!

Share

Kalau sudah namanya kreatif, buat apa pun menjadi. Barangan terpakai yang mungkin dianggap tidak berguna oleh orang lain, tetapi nampak menarik apaabila dijadikan tempat meletak pokok bunga.

Apa yang menariknya, hasil kreativiti bekas botol sabun tersebut diolah menjadi bentuk gajah dan juga itik. Sangat mengujakan sesiapa yang melihat bekas ini.

Inilah yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafir menerusi facebooknya. Menurutnya lagi, bekas tersebut dibuat sendiri mentuanya tanpa melihat dari mana-mana video mahupun gambar.


Sayang nak buang botol-botol sabun ni, jadi ibu mertua saya gunakan kreativiti sendiri untuk buat gajah dan itik sebagai pasu untuk tanam pokok bunga.

Satu aktiviti mengisi masa lapang yang banyak manfaatnya 🤩

Menariknya, ibu mertua saya buat ikut imaginasi je ni, tanpa tengok video di YouTube ke, tak tengok gambar ke apa, terfikir dan terus buat.

Nampaknya lebih kreatif berbanding sebahagian besar kita sekarang ini yang bergantung kepada contoh, sampel, inspirasi, baru boleh nak buat sesuatu…

#KeluargaDrSyahr 19/10/2019

 

IKLAN