Sejak akhir-akhir ini kes covid-19 semakin meningkat. Situasi ini amat membimbangkan apabila virus ini menular.

Pastinya kita semua kekal menjaga SOP, namun siapa sangka, virus ini terus menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira masa.

Begitulah kisah yang berlaku baru-baru ini, sebagaimana tulah sebuah video yang memaparkan seorang warga emas dijemput ambulans setelah disyaki dijangkiti virus covid-19.

Menurut perkongsian Haiqal Roslan menerusi twitter miliknya, warga emas berkenaan merupakan jemaah Surau Asyakirin Bandar Baru Pasir Pekan Tumpat. Disyaki dijangkiti ketika menghadiri solat jemaah di surau berkenaan.

IKLAN

Situasi menjadi lebih sayu, apabila warga emas ini yang dikenali sebagai Pok Sin meminta mengambil wudhuk sebelum berangkat ke hospital.

Kelihatan juga ahli keluarga mengiringi warga emas ini hingga ke pintu ambulans.

IKLAN

Biarpun raik wajahnya kelihatan tenang, namun siapa tahu hatinya barangkali sebak meninggalkan keluarga buat seketika untuk menjalani kuarantin.

WARGANET SEBAK DAN MENDOAKAN SEGERA SEMBUH.

IKLAN

Dalam pada itu, warganet melahirkan rasa sebak melihat video ini dan mendoakan warga emas kembali sihat.

‘Sayu hati Lihat Atuk Naik Ambulans’. Warga Emas Disyaki Positif Covid-19 Buat Warganet Sebak! ‘Sayu hati Lihat Atuk Naik Ambulans’. Warga Emas Disyaki Positif Covid-19 Buat Warganet Sebak!

Semoga warga emas ini diberikan kesembuahan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI