Sayur Kekal Segar Hingga 2 Minggu, Ibu-ibu Boleh Cuba Cara Ini!

Share

Sayur yang disimpan lama dalam peti sejuk memang akan mudah layu dan tidak lagi segar sebelum sempat di masak. Bagi mengelakkan pembaziran dan kurang khasiatnya, apa kata anda cuba petua dan tip yang dikongsikan ini.

Menurut perkongsian di Baja Ezigrow Pekan Nanas, sayur yang direndam dengan garam diikuti beberapa langkah-langkahnya akan mampu bertahan selama 2 minggu di dalam peti sejuk. Menarikkan? Jadi, jom kita cuba. Elakkan pembaziran!

CARA MENYIMPAN SAYURAN TAHAN LAMA

Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama.

1. Rendam Sayur

Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam. Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.

2. Tambah Garam

Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran. Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.

3. Toskan

Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.

4. Simpan Dalam Bekas

Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya. Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

5. Ini Hasilnya Selepas 2 Minggu!

Ini stok sayuran yang telah disimpan selama 2 minggu. Macam tak percaya bukan? Masih segar-bugar macam yang baru dibeli dari pasar!

Selamat mencuba

Sumber: Baja Ezigrow Pekan Nanas

IKLAN