Sebelum Anak Perempuan Masuk Alam Remaja, Pastikan Kita Dah Ajar Perkara Ni!

Share

Anak perempuan adalah ibarat permata buat ibu dan ayah. Perlu dijaga dan disayangi sebaik-baiknya  agar hidup anak-anak sempurna dan bahagia.

Merialisasikan impian, kita sebagai ibu ayah kenalah terlebih dahulu mendidik anak-anak perempuan ini dengan adab dan akhlak.

Selain itu, Dr Taufiq Razif turut kongsikan 5 perkara penting yang perlu diajar pada anak perempuan sebelum mereka masuk ke alam remaja.


Ajarkan 5 Perkara Ni Secepatnya Kepada Anak Perempuan Kita Sebelum Mereka Masuk Ke Alam Remaja

1. Ajarkan anak perempuan kita SIFAT MALU

– kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah & harga diri mereka

2. Ajarkan anak perempuan kita BATAS AURAT mereka

– kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul

3. Ajarkan anak perempuan kita tentang tanda & persiapan AKIL BALIGH mereka

– kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka ‘ditaklifkan’ segala syariat agama

4. Ajarkan anak perempuan kita KELEMBUTAN & KASIH SAYANG

– tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul & bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka

– ceritakan kepada mereka juga tentang kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi

5. Ajarkan anak perempuan untuk MERASA CANTIK & BERHARGA DARIPADA DALAMAN

– Penting untuk anak perempuan kita merasakan bahawa mereka cantik secara dalaman supaya mereka tidak haus pujian daripada orang luar

– itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata kata penghargaan terutamanya kepada anak perempuan

– Ingat, jiwa anak perempuan tersangat lah sensitif, lembut dan rapuh kerana mereka dicipta untuk dibimbing, dilindungi dan disayangi

sumber : Taufiq Razif
Abi Maryam Soolihah & Aesya Soolihah

IKLAN