Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung, Pastikan Keperluan Travel Kit Anak Lengkap. Wanita Ini Kongsikan Caranya. Cukup Mudah & Sistematik!

Share

Nak bawak anak anak berjalan memang seronok. Tapi jangan lupa item paling penting iatu ubat. Mana tahu berlaku kecemasan tiba-tiba anak demam.

Perkongsian ibu tiga anak Hazirah Maulana ini mungkin dapat membantu ibu-ibu yang lain supaya memastikan barangan ini mesti ada  dalam medical kit anak anak.


Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman. Bukan ape, kadang kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tetibe demam, batuk, selsema dan sebagainya.
.
Nak nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.
.
Kalau ade yang nak tgk checklist boleh refer gambar. Ade description untuk setiap gambar. Boleh share untuk panduan ibu ibu nak nak tgh musim musim cuti cuti ni.

Ni item must have yang ade dalam medical kit anak anak saya
Termometer paling penting. Sebelum ke mane mane mesti make sure termometer ni berfungsi
Kool fever berfungsi untuk meredakan demam anak. Jangan letak kat kepala ye. Katanya nnt panas naik ke kepala. Ni just alternative dan kalau nak guna Letak kat ketiak atau badan anak.
Ubat demam. Tarikh buka ubat jgn lupa tulis. 2 3 minggu lepas buka boleh buang n beli yg baru.
Jerslin oil. Ni item penting sangat. Jerslin oil ni minyak serbaguna. sangat membentu kalau anak ade terkena sebarang gigitan serangga, luka luka atau apa sahaja. Kalau anak demam saya just sapukan jerslin oil ni di kepala, ketiak dan badan. Demam anak anak cepat kebah. Kalau luka plak, dia akan jadi cepat kering
Sanitizer ni saya guna utk sembur pada kwasan luka supaya bakteria tak membiak
Minayk Gamat
Dettol. Anak anak kerap terkena sakit kat kulit. Kalau agak agak dah start tu sy akan titik kan pada besen mandian dan mandikan anak anak guna antiseptic ni.
Ini sangat berguna untuk halau nyamuk atau serangga. Just lekat je kat badan anak.
Ni khas untuk anak anak bila diorg terkena luka atau exzema firas menyerang
Ubat batuk mama ngn dady dia nak tumpang. utk baby dan bawah 6 tahun saya akan sapukan balm tasneem yang dalam skincare kit tu. Balm tasneem CF rub membantu melegakan demam, batuk dan selsema anak anak
Elektronik Nasal aspirator sangat membantu untuk sedut hingus anak anak. Saya suka sangat sebab mudah. Anak anak selalu bile selsema diorg akan guna sendiri. Just tekan button n siap ade lagu lagu lagi.
Lotion lotion dan rutin setiap kali lepas mandi
1) Balm tasneem sangat serasi untuk anak anak saya Sleep time: membantu mood tidur CF Rub: membantu melegakan batuk, selesema T Rub : melegakan kembung perut dan sembelit Calm time: membantu anak anak bila dia sedang meragam 2) Minyak zaitun utk sapu pada rambut anak anak
Supplement utk ayra dan firas Brown rice powder utk Damia. Just bancuh je ngn air dan boleh terus makan ?
Masukkan ke dalam satu bag.

Semoga bermanfaat ?

IKLAN