Jika diperhati sebenarnya orang-orang yang ada di sekeliling kita ini ada pelbagai jenis dan tidak dinafikan kebiasaannya ahli keluarga yang terdekat dan paling hampir itulah sebenarnya sering menjadi tulang belakang untuk kita mencapai kejayaan.

Pun begitu, ada juga jenis orang yang tidak suka melihat hidup orang lain senang. Ada sahaja iri hati  dan perasaan cemburu dan atas sebab itu pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Begitulah lumrah hidup, rambut sama hitam namun hati lain-lain. Ada yang menyokong dan ada juga sebaliknya.

Memahami lagi mengenai jenis-jenis manusia yang akan ‘ditemui’ sepanjang kita ingin menuju kejayaan, menurut  Ustaz Khairul Anuar Basri ada 5 jenis manusia.  Semuanya penting dan bermanfaat untuk push kita capai apa yang kita impikan.

  1. Orang yang tak suka kita berjaya

Ini sudah tentu ada something wrong somewhere dengan dia ni. Dia tak akan support kita. Usahkan nak support, kata-kata semangat pun dia tak akan bagi.

Kita akan dengar cakap-cakap macam “nanti kau menyesal”, “tak payah buat la, pening kepala engkau nanti”, “baik kau duduk macam sekarang je, senang” dan lain-lain.

Kalau jumpa orang macam ni, tak perlu marah, tak perlu rasa geram. Senyum dan ucap terima kasih je dalam hati.

Jadikan dia sebagai pembakar semangat. Jadikan dia sebagai motivasi untuk kita buktikan sesuatu.

Buktikan bahawa kita juga berhak berjaya. Buktikan yang kata-kata dia tu tak betul. Jangan biar dia bertepuk tangan dengan kegagalan kita. Baru best, betul tak?

  1. Orang yang tinggal kita separuh jalan

Orang macam ni pun ramai. Saya selalu jumpa orang macam ni.

Awal-awal bukan main. Nak berpartner la, nak maju sekali la, nak buat sama-sama la.

Last-last sekali dia ke mana, syarikat ke mana. Bisnes ke mana, janji pun ke mana.

Kadang-kadang tu siap daftar syarikat tu. Sdn. Bhd. ada, enterprise pun ada. Belum mula bisnes, duit dah banyak habis bayar yuran sana sini.

Meeting-meeting tu tak payah cerita la. Yo yo ooo je.

Kadang-kadang tu jugak, bukan kita yang cari dia pun. Dia yang datang cari kita. Maybe sebab dia pun tengah susah dan tengah cari peluang macamana nak buat duit sama-sama.

Kita ni pun ok je, tolong la. Yelah, apa salahnya ye tak? Tapi last-last, tinggal kita je yang beriya. Dia? Ca alip but.. cabut!

Orang macam ni pun, jangan terasa dengan dia. Jangan ambil hati dengan apa yang dia dah buat dekat kita. Jadikan dia pembakar semangat. Jadikan dia push factor untuk kita lebih berjaya.

Kita pun tak tahu sebab apa dia syahid separuh jalan kan. Mungkin dia pun ada kesulitan kan. Hanya Allah saja la yang tahu sebab musabbabnya.

  1. Orang yang burukkan kita dekat orang lain

Ahaaa… yang ni paling menarik. Dia ingat bila dia cerita macam-macam yang buruk pasal kita kat orang lain, kita tak tahu.

Mesti ada la yang akan sampaikan kat kita. Tak cukup dengan berita, siap dengan screen shot lagi gambar mesej fitnah dan adu domba dia tu.

Sekarang ni bukannya susah. Semua orang yang sayangkan kita akan bagi bukti. Ada bentuk tulisan, ada bentuk rakaman suara.

Manusia yang macam ni sebenarnya orang yang jenis takut dengan bayang-bayang sendiri. Kita tak buat apa pun kat dia. Tapi dia rasa terancam pulak dengan impian kita.

Kita tak kacau dia pun. Tapi dia ke hulu ke hilir mengadu domba, memfitnah mengata, supaya semua orang benci kat kita.

Dah tak hirau dah mana dosa mana pahala. Kat depan depan orang bukan main manis mulut bila berbicara.

IKLAN

Tapi kat belakang…. Astaghfirullahal azim… istighfar panjang kita.

Orang macam ni, kita biarkan jugak dia. Sebab dia boleh jadi sumber pahala sambil-sambil duk kejar impian kita ni.

Nanti tahulah Allah nak balas macamana kat dia. Kita buat tak tahu sudahlah.

  1. Orang yang support kita bila dah nampak kita dah nak berjaya

Yang ni pun sejenis manusia jugak. Awal-awal dia play safe saja. Mungkin ada benda yang dia nak jaga la kot. Wallahu a’lam.

Tapi yang pasti, dia tak akan mudah-mudah nak sokong kita. Dia main kot tepi je. Ye tidak, tak pun tidak.

Bila kita dah mula nak sampai puncak kejayaan, dia pun muncul la. Maybe dia pulak yang jadi terlebih ramah dan cuba nak rapat dengan kita.

Orang macam ni penting untuk kelangsungan bisnes yang kita buat. Jangan pulak berdendam dan bergaduh dengan dia.

Terima dia seadanya. Mungkin sebelum ni belum masanya. Mungkin sekarang dan masa depan, dia pun sangat penting untuk menjadikan kita lebih berjaya lagi.

IKLAN
  1. Orang yang support kita sebelum kita ada apa-apa

Ini adalah jenis manusia yang kita kena jaga dia sampai akhir hayat kita. Dia percaya kat kita sebelum kita berjaya.

Dia support kita. Dia beri peluang kat kita untuk buktikan kepada dunia bahawa kita boleh berjaya.

Dia ada bila kita lemah dan down. Dia selalu bagi semangat di waktu kita keletihan. Dia akan selalu tolong kita dengan apa saja cara yang dia mampu.

Orang macam ni, memang manusia mulia. Dia suka tengok kejayaan orang lain. Dia gembira bila orang lain gembira. Dia berduka bila orang lain berduka.

Ini jenis manusia yang tak ada kepentingan diri sendiri. Ini manusia yang kita kena selalu ingat mereka dalam setiap doa kita.

Sepanjang hidup ni, saya kenal ramai orang yang macam ni. Saya akan ingat mereka sampai saya mati.

Kalau boleh, saya akan selalu sebut nama mereka satu persatu bila saya jumpa dan bercakap dengan orang ramai.

Kesemuanya Penting

5 jenis manusia ni, memang sangat penting dalam hidup kita. Semua ada peranan masing-masing. Semua ada ‘sumbangan’ dengan cara masing-masing. Tinggal lagi kita saja. Bagaimana cara kita nak respon dan hargai kehadiran mereka dalam hidup kita. Itu saja.

Nanti suatu hari bila menoleh ke belakang, 5 jenis manusia inilah yang akan kita kenang. Mereka semua lah yang telah menolak kita jauh ke atas, berada di tempat yang kita berada pada masa itu.

Doakan kebaikan untuk mereka semua. Azamkan dalam hati, bila kita dah capai apa yang kita impikan, kita akan kembalikan kebaikan kepada mereka berempat.

Tanpa ada rasa tapi. Tanpa ada rasa tak cukup. Ingat… kita tiada daya, kita tiada upaya. Semuanya boleh berlaku hanya dengan izin Allah.

Sumber : Khairul Anuar Basri

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club