Sebenarnya Pasangan Kita Luahkan Masalah Bukan Nak Suruh Selesaikan, Tapi Nak Tengok Sama Ada Kita Ni Ambil Berat Tentang Dia Atau Tidak

Share

Dalam sesebuah rumah tangga, pasti akan timbul ketidak puasan hati. Maklum sajalah dia insan berbeza yang hidup sebumbung. Punya pilihan dan pendapat yang berbeza. Namun itu tidak bermakna, tidak boleh bersatu di bawah satu bumbung.

Sebab tu komunikasi dalam sesebuah rumah tangga penting. Apa jua rasa tidak puas hati mahupun keinginan boleh terus disampaikan tanpa perlu ada pihak yang makan hati. Mungkin nampak luaran seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun sebenarnya ada yang terpendam di hati.

Baca perkongsian dari saudara Mohd Fhais 

ini. Jika ada tanda-tanda ini anda kena cepat selesaikan supaya ia tidak menjadi barah dalam rumah tangga yang boleh mengundang konflik lebih buruk.


#5 Tanda Pasangan Kita Ada Pendam Perasaan Tak Puas Hati Walaupun Dia Selalu Tersenyum

1 – Suka Berdiam Diri
Balik kerja diam. Keluar pergi kerja pun diam. Kat rumah tak tegur langsung pasangan melainkan terpaksa. Jika di tanya, jawab pun sepatah-sepatah je. Lagi berat mulut tanda lagi beratnya sakit hati.

2 – Suka Buat Hal Sendiri
Beli barang dapur sendiri. Makan sendiri. Malah nak menonton tv pun sendiri sendiri. Rasa potong mood kalau ada pasangan. Ini dah serius! Makna dia dah tawar hati betul.

3 – Suka Mengelak
Setiap kali nak ada hubungan intim dia mengelak. Ketika nak berbincang secara serius pun dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang sakit hati. Mengelak supaya tak bertambah sakit lagi.

4 – Suka Berkira
Baik duit, masa atau tenaga. Semua nak di kiranya. Sampah kat rumah sampai berulat tak nak buang sebab berkira tu bukan kerja dia. Ulat sampah boleh nampak ngesot ngesot tapi kalau hati dah berulat tak ada siapa yang tahu.

5 – Suka Protes
Apa sahaja pasangan buat dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la orang dah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit mata. Faham-faham sendiri kalau pasangan ada simptom begini.

Sebab inilah pentingnya kena ada skil Empathic Listening supaya 5 tanda awal ini tak jadi serius dan memudaratkan.

Sebenarnya pasangan kita luahkan masalah dia pada kita bukan nak suruh kita selesaikan tapi dia nak tengok samaada kita ni ambil berat tentang dia atau tidak.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Bila isteri rasa macam cakap dengan tembok masa tu la dia mula rasa sakit hati.

p/s : Komunikasi dalam rumahtangga sangat penting. Komunikasi bukan sahaja dalam bentuk percakapan, malah mimik muka dan body language pun termasuk sekali.

IKLAN