Sedap Nasi Lemak Diukur Pada Sambalnya! Ni Cara Mudah & Sedap Buat Sambal Ikan Bilis

Share

Nak nasi lemak tu rasa sedap, dua benda je perlu dinitikberatkan. Satu, nasinya yang lemak dan dua, semestinya sambal yang padu! Kalau sambal tak berapa nak masak atau terlebih itu ini pun tak best juga, bak kata orang rasa ‘tak sampai’!

Selain dari makan dengan nasi lemak, kalau sambal tu sendiri dah sedap nak makan dengan benda lain pun boleh seperti lempeng, roti, nasi dan sebagainya!

Jadi… Dari mulut tu tak puas hati dengan nasi lemak yang jual kat kedai tu sebab sambalnya kurang ‘kick’, apa kata jom buat sendiri je ikut selera yang kita nak. Tak susah pun, tapi yang penting sedap! Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Yayar B.Awang Noh ni. Letsss masak!

Cara Masak Sambal Bilis Nasi Lemak Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

Bawang besar 5 labu**
Bawang putih 5 ulas**
Secubit ikan bilis untuk kisar**
Sedikit belacan**
Sehelai daun pandan
Asam keping 2 keping
Cili kering kisar
Gula melaka (nise) 2 keping
Sos cili 3 sudu
Sos tomato 3 sudu
Ikan bilis
Hirisan bawang besar
Garam
Ajinamoto
Gula (jika suka)

Cara-cara memasak:

1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (**).

2. Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.

3. Masukkan asam keping dan bahan kisar tadi. Masak sehingga perang atau separuh masak.

4. Masukkan pula cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan gula melaka, sos cili dan sos tomato. Gaul rata.

6. Kemudian masukkan ikan bilis secukupnya bersama hirisan bawang besar.

 

7. Perasakan dengan sedikit garam dan ajinamoto. Jika kurang manis, boleh tambahkan gula.

8. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.

Sumber : Yayar B. Awang Noh

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

IKLAN