Sedapnya Agar-Agar Rambutan Selasih. Rare Resipi Ni!

Share

Musim rambutan ni memang banyak kelihatan buah ni di pohon-pohon tepi rumah atau kebun. Memang meriah.

Lambakan  buah rambutan yang banyak ini selain enak di makan begitu sahaja, enak pula dibuat jem. Malah ada yang menghiris isinya untuk dibekukan. Enak dimakan ketika sejuk.

Namun, perkongsian oleh Puan Jamilah Kak Mel melalui Masak Apa Hari Ni begitu inspirasi apabila menggunakan hirisan isi rambutan untuk membuat agar-agar buah. Menarik perkongsian ni.

Gigih! Asingkan isi dgn bijinyer..
Pastu kita buat agar2 lagi!!!

Kali ni agar2 rambutan selasih!

Bahan2
********
*Buah rambutan yang dah diasingkan daripada biji
*10g serbuk agar2
*1 cwn gula kasar
*5 cwn air
*Biji selasih -rendam sampai kembang (jika suka)
*Sedikit perwarna biru

Cara membuatnya
******************
*Didihkan serbuk agar, gula kasar, air dan sedikit pewarna biru. Tutup api apabila mendidih dan sejukkan sebentar
*Susun isi buah rambutan ke dalam bekas
*Masukkan agar2 tadi ke dalam bekas tersebut
*Kemudian masukkan biji selasih
*Akhir sekali masukkan agar2 lagi
*Sejukkan dan hidangkan apabila agar2 sudah mengeras

GAMBAR PENYEDIAAN:

Sedapnya makan ketika sejuk.

Selamat mencuba!

 

IKLAN