Sedapnya Wantan Mee Kicap & Sup. Kalau Nak Buat Sendiri, Ni Resipinya!

Share

Melayan selera berbuka atau bersahur untuk seisi keluarga pasti tambah istimewa jika disediakan menu mee wantan ini buat penggemarnya.

Rasanya yang enak, pasti puas hati dimakan. Apatah lagi jika dari air tangan sendiri. Memang tak dapat digambarkan  keseronokan memasak untuk keluarga bila menu yang dimasak menjadi, ‘sebiji’ rasa macam yang dijual di restoran-restoran ternama.

Jadi untuk yang pertama kali mencuba, bolehlah sediakan menu mee wantan yang dikongsikan oleh Wan LuQman ini untuk dicuba.


Suka sangat wantan mee ni sebab dia halus² je. Lagipun dari kecik suka mee kicap²…Nak buat hidangan dia pun senang sangat. Yang penting, kicap tu.

Tak ramai melayu jual hidangan wantan mee ni. Dia ada beberapa support dish untuk lebih menyedapkan lagi hidangan ni. Kena ada wantan soup (siap dumpling) ke, ade yang makan dengan chicken curry, ade yang makan dengan crispy chicken with thai sauce. Atas kreativiti masing².

Ok bismillah….awal nau kita bersiarannnn. Bukan ape share awal² kot² sempat la korang pi beli barang jap g…

Mula² dapatkan dulu wantan mee. Dah ada cop halal jakim tu dah ler. Kekadang melayu ni pelik sikit…nampak je seketul² dua tulisan cina…mula lah meroyan. Hehe

Mana nak dapatkan mee wantan? Kat bumi. Haha

Kemudian bahan pertama kena buat adalah minyak bawang putih serta bawang putih goreng.
Lepas dah siap minyak bawang, get ready sup dia dulu. Sebab kita perlukan cecair sup ni dalam kicapnya nanti.
Sup simple je, rebus air, buh chicken stok, lada sulah dan letaklah bahan² stimbot tu. Last sekali titiskan minyak bijan sikit dan minyak bawang.

Ok let’s get ready for the kicap. Ada setengah orang dia x masak kicap ni, terus bancuh. Pun boleh…ikutlah selera masing².

Amik minyak bawang tadi, tumis 2sb kicap cair, 1sb kicap karamel, letak sedikit gula.

Lepas tu amik sikit sup yang dah dibuat tadi dan campurkan ke dalam kicap. Perfect!
Perap sekejap isi ayam, lebih elok bahagian chicken chop. Perap dengan cili blend, gula, bawang putih, kicap cair, serbuk cili dan ape² rempah herba korang nak bedal, bedal je lah. Perap sejam, lepas tu boleh lah bakar ke goreng ke grill atas non stik pan.
IKLAN