‘Seekor Serangga Perosak Pun Tak Singgah Lepas Tanam Bawang Putih’. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Guna Petua Paling Mudah Ini.

Share

Bagi yang suka bercucuk tanam tentu kecewa apabila tanaman di serang seranggat sehingga tanaman menjadi rosak. Pokok pun tak membesar dengan baik.

Bagi wanita ini, pelbagai usaha yang dilakukan termasuk menggunakan penyembut oraganik yang dibuat sendiri tetapi tetap tidak berhasil.

Sehinggalah beliau menemui petua yang dikongsi ahli dari group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri  yang hanya menggunakan bawang putih untuk mengelak serangan serangga. Hasilnya memang menjadi!

Ikuti perkongsiannya.

Saya nak ucapkan ribuaan terima kasih pada yang punya petua. Maaf saya tak ingat namanya. Beliau pernah share disini. Semoga murah rezeki.
Dari spray racun organik homemade bawang putih + cili api + cecair cuci pinggan. Lebih mudah dengan tanam terus bawang putih tu.
Mula-mula kurang yakin petua ni, tapi cuba juga la.. Alhamdulillah, rasanya menjadi. Sekor serangga perosak pun tak singgah, lalu je mungkin.
Sebelum ni, habis daun-daun kangkung, bayam brazil kena lubang-lubang. Pucuk pokok mati. Dah spray tak jalan. Tapi lepas tanam bawang putih.
Ini hasilnya cantik merimbun dan gemuk-gemuk tanaman

Tu nampakkan tinggallan daun yang berlubang.. Sekarang dah tumbuh pucuk-pucuk baru..

INI CARANYA GUNA TANAM BAWANG PUTIH

Cara tanam: Benamkan saja seulas bwg putih tu. Beli selabu dan tanam la seulas-ulas,.

SERANGGA PEROSAK PUN TAK ADA. CANTIK JE DAUN NI

Segar ajer kangkung ni
Cantik ajer daunnya

Gemuk-gemuk daun

Selamat bercucuk tanam!

Sumber: Dhia Kekasih

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

***********************

JOM SERTAI KAMI!

Apa kata alang-alang anak kita tiada aktiviti sepanjang PKP ini, jom kita pakat anak beranak untuk sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020.

Manalah tahu rezeki anak anda, dapatlah seisi keluarga bercuti di lokasi yang ditawarkan.

Apa perlu buat?

Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster

 

IKLAN