Cuaca panas macam sekarang ni, tekak asyik minta makan benda yang sejuk je kan? Kalau bukan air, mesti nak rasa makan macam buah atau dessert yang fresh dari dalam peti sejuk rumah! Hehe.

Haaa kalau macam tu, apa kaya jom cuba buat jelly papaya ni! Bukan je dapat memenuhi permintaan tekak nak makan sejuk-sejuk, tetapi betik juga membantu dalam melawaskan sistem pencernaan. Jom cuba!

RESEPI JELLY PAPAYA, MAKAN SEJUK-SEJUK SEDAP!

Cerita jelly papaya. Pertama kali lihat & jumpa di satu kedai jual cookies di Kempas Johor Bahru (satu row dengan Rest Satay Wak Radol) tahun 2012. Saya beli & ringankan mulut tanya seller cara-cara membuatnya. Selepas tu saya banyak kali buat papaya jelly untuk majlis makan-makan. Beberapa kali demonstrate pada ahli keluarga dan rakan-rakan cara membuatnya. Stop buat almost 3 tahun lepas. Tapi raya tahun 2022 ni dapat buat 3 kali (ada pula yang pm minta resepi). Alhamdulilah. Saya sedekahkan recipe dan cara-cara membuatnya yang simple & senang:

BAHAN-BAHAN

Untuk 2 biji papaya

Belah 2 papaya dah keluarkan biji (rujuk gambar)

Keluarkan isi cara memanjang

IKLAN

Sekali Makan, Pasti Nak lagi! Jelly Papaya Bukan Je Sejukkan Tekak, Sistem Penghadaman Juga Lancar

Recipe untuk jelly:

1 packet jelly stripe

1 tin susu sejat (evaporated)

Gula 6 sudu

Air 3 cawan

IKLAN

CARA-CARA:

1.Didikan air

2.Masukan gula. Gaul sampai gula cair sepenuhnya.

3.Masukkan jelly strip dan biarkan hingga sebati.

4.Masukan susu sejat.

5.Bila sudah mendidih tutup api dan guna penapis masukan ke mangkuk besar.

IKLAN

6.Masukan jelly ke dalam papaya dan susun isi papaya cara memanjang.

Sekali Makan, Pasti Nak lagi! Jelly Papaya Bukan Je Sejukkan Tekak, Sistem Penghadaman Juga Lancar

7.Sejukan dalam fridge dan sedia untuk di potong & dimakan. Jika simpan dalam fridge boleh tahan satu minggu.

Sekali Makan, Pasti Nak lagi! Jelly Papaya Bukan Je Sejukkan Tekak, Sistem Penghadaman Juga Lancar

Sumber: Liza Ibrahim

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

Sekali Makan, Pasti Nak lagi! Jelly Papaya Bukan Je Sejukkan Tekak, Sistem Penghadaman Juga Lancar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI