Memikul amanah sebagai seorang lelaki pastinya tanggungjawab yang digalas bukanlah mudah untuk dilunaskan.
Ini dijelaskan lagi melalui perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Selagi namanya lelaki, selagi itulah takkan boleh lari daripada kena bertanggungjawab…
Ketika menjadi anak, tanggungjawab terhadap ibubapa…
Ketika menjadi suami, tanggungjawab terhadap isteri…
Ads
Ketika menjadi ayah, tanggungjawab terhadap anak2…
Kalau tak boleh bertanggungjawab ke atas mereka yang menjadi kewajipan kita, yang berada dibawah tanggungan kita, maka apa yang kita perlu jadi?
Jangan hidup sekadar untuk hidup kerana monyet di hutan juga hidup…
Ads
Fitrah kejadian lelaki itu adalah untuk menjadi ketua, menjadi pemimpin dan pembimbing kerana Allah s.w.t menciptakan kaum adam dengan kelebihan yang tidak ada pada kaum hawa…
Bagi mereka yang beriman, mereka akan sedar akan apa yg Allah s.w.t amanahkan kepadanya…dia akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaiknya kerana dia takut dengan balasan dari Allah s.w.t jika dia gagal menyempurnakan amanah yang diberikan…
Tidak akan sempurna iman kita selagi mana kita tidak menyempurnakan hak2 ke atas mereka yang menjadi tanggungjawab kita…
Melihat pelbagai koleksi barangan kemas yang dikeluarkan membuatkan ramai wanita yang terja, dengan koleksi Pulut Dakap, ekor kucing, Latok dan banyak lagi.
Disebalik keterujaan membeli itu, mungkin ada antara kita yang kurang arif hukum terutama dalam urusan menjual emas lama dan membeli emas baru.
Mesti antara kita juga tidak perasan terhadap konsep ‘trade-in’ jual emas lama dan tukar emas baru dengan bersyarat dimana perlu ada penambahan duit. Lebihan duit yang ditambah itu sudah dianggap sebagai riba dan haram disisi undang-undang Islam?
Maksudnya: “(Penjualan/pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, apabila ia sama jenisnya, hendaklah sama kadar atau timbangannya dan hendaklah secara lani. Sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah mengikut kehendak kamu tetapi dengan syarat pertukaran dua barangan tersebut berlaku secara lani (serahan tangan ke tangan).” HR Muslim:1587
1-Perlu diketahui bahawa emas termasuk barang ribawi.
Barang ribawi ialah benda yang boleh terjadi riba pada transaksi pertukaran dan jual-belinya.
Ada tiga syarat yang mesti dipatuhi dalam pertukaran emas dengan emas supaya tidak terjadi riba :
[1] Mesti sama berat timbanganya.
[2] Mesti secara tunai, Tidak boleh secara berhutang.
[3] Diserahkan dan diterima dalam satu masa(Lani), maka tidak dibenarkan menangguh masa penyerahan.
“Maksudnya: “(Penjualan/pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, apabila ia sama jenisnya, hendaklah sama kadar atau timbangannya dan hendaklah secara lani. Sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah mengikut kehendak kamu tetapi dengan syarat pertukaran dua barangan tersebut berlaku secara lani (serahan tangan ke tangan).” HR Muslim:1587
Dalam hadis lain riwayat Muslim, Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda :
” Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa riba “.
2. Pertukaran emas dengan emas,
a)Sekiranya tidak sama berat timbangannya maka berlakulah RIBA AL-FADHL.
Persamaan yang dimaksudkan di sini adalah sama timbangannya walaupun berlainan dari segi kecantikan dan pencanaian. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ مِثْلاً بِمِثْلٍ
Maksudnya: “Emas dengan emas hendak sama jenis.”HR Muslim,1584
Maksudnya adalah sama dari segi kadar dan bukan dari segi sifat kerana berdasarkan kaedah syarak: “Yang baik dan buruknya adalah sama.”al-Zuhaili, Wahbah. 1996. الفقه الإسلامي وأدلته (terj.) Jld. 4, hlm. 653-654.
b)Manakala jika tidak berlaku saling menerima dalam majlis, maka berlakulah RIBA AL-YAD.
Sabda Rasulullah Sallahualaihiwasallam:
ولاَ تَبِيعُوا مِنْهَا غَائِبًا بِنَاجِزٍ
Maksudnya: “Jangan kamu menjual barangan yang tidak ada dengan barangan yang ada.
Adapun jika tidak tunai, maka berlakulah RIBA NASIAH. HR Bukhari 2177
3. Untuk mengelak daripada berlaku riba dalam pertukaran emas dengan emas adalah melalui cara pembeli menyerahkan emas lama dan penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu tanpa ada bayaran tambahan daripada pembeli kepada penjual.
4. Jika emas baharu lebih mahal daripada emas lama maka tidak boleh dilakukan pertukaran dengan cara membuat penetapan ada bayaran tambahan daripada pembeli kepada penjual. Cara pertukaran begini adalah dilarang oleh agama. Hukumnya adalah haram.
Kata Syekh Wahbah Az,Zuhaily didalam kitab الفقه الإسلامي وأدلته :
يلاحظ أيضاً أن جيد مال الربا ورديئه سواء، فلا يجوز بيع الجيد بالرديء مما فيه الربا إلا مثلاً بمثل؛ لأن الجودة ساقطة في الأموال الربوية، للقاعدة الشرعية: جيدها ورديئها سواء.
” Perlu diperhatikan juga bahawa harta riba yang elok dan harta riba yang buruk adalah sama. Maka tidak boleh jual harta riba yang elok dengan harta yang buruk melainkan dengan sama banyak, kerana sesungguhnya sifat buruk itu gugur dalam harta-harta ribawiy. Kerana Kaedah syara’ ” Harta riba yang elok dan yang tidak elok adalah sama”.
5. Untuk mengelakan daripada berlaku riba dalam melakukan trade in emas lama dengan emas baru yang lebih mahal harganya, adalah dengan cara si pembeli menjual emasnya dahulu, kemudian, di ambil duit hasil dari jualan emas tadi dan kemudian si pembeli membeli barang kemas yang baharu itu.
Cara ini sebenarnya diajar oleh Nabi Sallahualaihiwasallam kepada sebahagian sahabatnya.
” Daripada Abi sa’id Al-Khudri Ra berkata ; Bilal datang kepada Nabi saw dengan membawa tamar barni, lalu Nabi bertanya kepadanya ; dari manakah tamar ini ?. Bilal menjawab : kami mempunyai tamar yang buruk, lalu kami menjualnya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang tamar barni, agar kami dapat memberi makan kepada Nabi saw , lalu Nabi saw bersabda pada saat itu ; aduh, aduh, itulah riba, itulah riba. janganlah engkau melakukan ini. akan tetapi jika engkau ingin membeli (kurma yang terbaik) maka juallah kurmamu dengan penjualan yang lain, kemudian belilah kurma yang terbaik dengan hasil penjualanmu itu.”
HR Bukhari dan Muslim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
DBKL Kecewa Pokok Hiasan Rosak Kena Pijak, Netizen Mohon Maaf Diasak Orang Ramai.
Setelah dua tahun tiada sambutan Hari Merdeka akibat pandemik, siapa sangka sambutan tahun ini luar biasa.
Difahamkan lebih 100,000 orang telah memenuhi sekitar Dataran Merdeka untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan semalam (31 Ogos).
Namun ada yang tidak sedap dengar apabila pokok hiasan yang ditanam sekitar kawasan perarakan dilihat telah rosak akibat dipijak orang ramai.
Menerusi facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkongsi beberapa foto yang menunjukkan kerosakan landskap.
DBKL meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir orang ramai yang tidak prihatin dengan persekitaran berkenaan.
Ikuti lanjut perkongsian berkenaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KORANG DAH KENAPA?
Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.
Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.. langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik semangat tu dah bagus.. tapi caranya tak betul
NETIZEN MOHON MAAF DAN BERI CADANGAN TUKAR LOKASI
Meninjau di ruangan komen ada yang netizen memohon maaf tidak lantaran terpaksa memijak pokok bunga yang ditanam ditepi jalan sewaktu menyaksikan perarakan sempena Hari Merdeka semalam.
Dalam pada itu, ada juga yang memberi cadangan supaya lokasi ditukar ke tempat yang lebih luas lantaran terlalu ramai yang datang menyaksikan sambutan hari merdeka.
Selepas tiga minggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri kesayangan mereka.
Kamal dan Uqasha mendedahkan nama penuh puteri comel itu menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha pada Sabtu.
Keduanya sepakat memilih nama Hawra Uqaira yang membawa maksud putih, cantik dan bersih.
“Nama Hawra itu saya pilih. Uqasha ambil Uqaira. Kita ambil sorang satu. Adil la, tak payah berebut.
“Hawra maksudnya putih, bersih dan cantik. Kan nampak putih, cantik dan bersih,” kata Kamal lagi.
Manakala nama Uqaira pula membawa maksud kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan selain harum dan wangi.
Kata Kamal lagi, dia tidak mahu memilih nama yang terlalu panjang bimbang nama itu menyusahkan anaknya kelak bila bersekolah.
“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” tambah Kamal lagi.
Program yang bersiaran di Astro itu berkongsi kisah kelahiran buah hati pasangan ini. Paling menyentuh hati pastinya ketika momen Kamal mengazan dan qamatkan di telinga kanan anaknya sebelum diserahkan pada Uqasha.
Terdahulu, Uqasha selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 April lalu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.