Selalu Nampak Cincau Hitam, Kali Ni Dikongsikan Cara Buat Cincau Hijau!

Share

Umumnya, kita selalu minum air cincau berwarna hitam, pun begitu mungkin jarang-jarang terlihat adanya cincau berwarna hijau.

Melalui perkongsian daripada Ashraf Shuib, ada menunjukkan bagaimana dia menghasilkan cincau hijau daripada tumbuhan cincau  untuk info bersama. Jom semak.

Akhirnya, berjaya juga saya buat cincau hijau.
Cincau hijau asal dari daun pokok cincau hijau.
Nama saintifik pokok ni Melasthoma polyanthum.

Pokok ni dibiakkan dengan keratan batang. Mudah hidup. Jenis pokok renek.

Boleh tanam dalam pasu ja.

Cincau hijau paling mudah nak buat.
Bahan-bahan hanya daun cincau hijau dengan air.Ramas daun dan biar beku sendiri.

Cara-caranya :

1. Petik 20 helai rain cincau.

2. Basuh setiap helai daun cincau  dengan bersih.

3. Kemudian koyak kecil-kecil daun cincau untuk mudah diramas.

4. Masukkan 200ml air ke dalam bekas yang berisi daun cincau tadi.

5. Kemudian ramas-ramas hingga daun mengeluarkan lendir.

6. Kemudian ditapis dan perahkan sedikit limau nipis.

7. Setelah itu, biarkan beku selama 2 jam atau masukkan dalam chiller.

Sumber :  Ashraf Shuib

 

IKLAN