Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila anak-anak ditimpa kemalangan. Rasa luruh jantung tatkala melihat si kecil yang mengadu kesakitan.
Inilah yang dikongsikan aktor kacak, Saharul Ridzwan bila mana anak lelakinya, Muhammad Luth Ali, 3, dimasukkan ke hospital disebabkan terkena air panas.
Kata Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 31, Ali terpaksa ditahan di wad kerana ingin memudahkan untuk dressing luka.
“Ali kena air panas sikit. Takda apa pun. Warded sebab nak dressing luka tu, takut dia tak duduk diam,” kata pelakon utama drama Cinta Sekali Lagi ini.
Ads
Saharul berkongsi gambar bersama Ali di hospital di samping meluahkan perasaan ketika anak lelakinya itu ditimpa kecelakaan.
“Berderau darah. Dulu selalu dengar ja perkataan ni. Sekarang dah ada anak, selalu sangat rasa ‘berderau darah’ tu datang.
“Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, darah naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita.
“Subhanallah. Tak tahulah macam mana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu saya kemalangan dulu.
Ads
“Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah untuk pastikan sesuatu tidak berlaku walau macam mana cuba sekalipun melainkan dgn izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang,” tulisnya.
Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra yang berusia lima bulan.
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
Di celah-celah kisah penceraian dan perpisahan selebriti lain, penyanyi dan pelakon, Amy Mastura pula bersyukur mengecapi hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang.
Dalam satu perkongsian, dia memuat naik foto lamanya yang diabadikan kira-kira 19 tahun lalu sewaktu diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dengan pujaan hatinya, Alvin Tham Suffian.
Foto yang menjadi simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad itu.
Untuk rekod, Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat, ia bagaimanapun sudah jelas untuk menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi yang tampak awet muda biarpun sudah menjangkau usia 48 tahun itu.
Cuti-cuti sekolah ini anda bolehlah rancang trip famili dengan menaiki keretapi. Berkongsi itinerari dan juga tip buat yang ingin travel menaiki sleeper train KTMB yang turut dikenali dengan nama jungle train ini, Muhammad Syafiq mengabadikan kenangan dengan memuat naik gambar-gambar sepanjang percutian mereka ke sana.
Dengan membawa keluarga seramai 12 orang bercuti dengan menaiki Jungle Train atau Train Ekpress Rakyat Timuran dari Kluang Ke Kota Bharu.
Meskipun perlu melalui perjalanan yang lama dalam tempoh 14 jam, tapi bila ramai-ramai semuanya meriah dan tak terasa lama. Tambah pula dapat enjoy view cantik sepanjang perjalanan.
Banyak tempat menarik di Kota Bharu yang sempat dilawati oleh keluarga ini meskipun hanya dua hari berada di bandar serambi Mekah itu. Sempat piknik ke Pantai Nami di Bachok dan membeli belah di Pasar Siti Khadijah.
Ikuti perkongsiannya:
Trip Famili 4 hari 3 malam ke Kota Bharu dengan menaiki Train Express Rakyat Timuran.
2 Malam di dalam train dan 1 Malam di hotel.
8 Dewasa, 3Kanak-kanak dan 1 Bayi.
1 Jan 2023
10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu
*Semua ambil Koc T8 dan katil bawah untuk keselesan dan view yang lebih luas dan Cantik
Perjalanan mengambil masa selama 14Jam dan akan sampai di Wakaf Bharu Keesokan harinya iaitu Pada 2 Jan 2023.
*Saya parking di KTM Kluang berdekatan Kluang rail coffee ,kena pakai TnG card dan bayaran dikenakan max RM5 untuk sehari,open car park tapi still selamat sebab berpalang.
*Dari Kluang sampai Ke Kuala Lipis boleh tidur dengan lena sebab malam tak nampak apa pun view,tapi dari Merapoh sampai la ke Tumpat korang kena stay untuk tengok sunrise dan view yang cantik sepanjang perjalanan sehinggala sampai ke destinasi terakhir.
*Kafe ada sediakan makan untuk breakfast tapi makanan limited, kalau nak minum-minum dan makan maggi cup sambil lepak dekat kafe pun seronok. Saya sudah siapakan stok makanan dan jajan sebab trip famili ramai. Kalau lapar ada juga bekalan makanan.
1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu
Train lewat tiba 30mins dari jadual asal
Kami sewa van untuk 1 hari setengah dengan kos RM450, van Hiace 12 seat sesuai sangat untuk trip family ni.
Destinasi Pertama selepas Lunch kami pergi jalan-Jalan dan shopping di Komplesk Bebas Cukai,Pengkalan Kubor.
Singah bergambar di Wat Machimmaram,Tumpat.
5:30PM
Sampai di Kota Bharu terus check in di Ibis style Kota Bharu. Hotel ini menawarkan pakej yang menarik dan kebetulan ada kolam renang. Boleh bawa anak-anak buah mandi tapi awas ya, kolam dalam dan tiada kolam kanak-kanak. Bawalah pelampung dan awasi anak-anak anda.
8:30PM
Banyak kedai makan yang viral tutup, kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel.
3 Jan 2023
8:00AM-6:00PM
Sarapan di Kopitiam Kita
Cari ole-ole di Pasar Khadijah
Picnic di Pantai Nami Malaysia,juga di kenali sebagai Pantai Senok.
Pekena ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung
7:00PM
Return Van Sewa di station Wakaf Bharu
Mandi, solat, makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.
8:45PM
Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.
4 Jan 2023
9:40AM
Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.
Tip:
1. Anda boleh downloads Apps KITS KTMB dan buat tempahan seawal sebulan untuk pastikan korang dapat katil bawah dan koc yang bersesuaian.
2. Elakkan pilih katil di nombor awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan anda tak akan dapat view yang penuh sebab ada panel tingkap.
3. Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke kafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat), kalau untuk laluan balik In Sya Allah tiada bunyi injin sebab koc hujung kepala lokomotif akan berada di hadapan sekali.
4. Pastikan anda ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view dia sangat cantik dan trai akan berhenti sedikit lama di sana.
5. Ruang bagasi tidak disediakan ya, barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc, kalau dalam perjalanan balik anda ‘tershopping’ banyak, anda boleh book ekstra 1 katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakkan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti. Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat, jadinya 2 orang anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat ‘cargo space’ untuk kami.
6. Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.
7. Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun,manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran.
Pelakon Diana Rafar selamat melahirkan seorang bayi lelaki Jumaat lalu pada pukul 11:33 malam di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital. Berota baik itu dimuat naik oleh suaminya, pelakon Zamarul Hisham menerusi laman instagramnya.
Sambil melahirkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya itu, Zamarul juga meluahkan rasa teruja dan tidak menyangka anaknya itu lahir lebih awal daripada yang dijangkakan. Syukur Alhamdulillah.. hari Jumaat jam 11.33 malam, lahir la seorang putera seberat 3.57kg, di @avisenawcsh .
Kelahiran yg bakal menceriakan lagi Keluarga Kami. Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda.
Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb.. rupa2 nya dia nak hari Jumaat jugak.Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.