Siapa pernah kena serangan senggugut, dia tau la betapa azabnya untuk melepasi tempoh haid setiap bulan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah dan bawak pengsan tau. Teruk sangat. Menangis tak berlagu la jawabnya.
Kali ni ciksu nak share, petua untuk redakan sakit senggugut dan lawaskan pengeluaran darah haid.
Bahan-bahan nya ofkos barang dari dapur lah.
* 8 batang serai dan diketuk-ketuk
* 1 ketul halia sebesar ibu jari
* 1 sudu besar habatussauda
* 1-2 sudu besar madu
* 4 gelas air
Caranya mudah je. Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
Ads
Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.
KHASIAT SERAI
Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
KHASIAT HALIA
Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
KHASIAT HABATUSSAUDA
Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.
Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.
*Elakkan minum ais untuk kesan optimum.
Ads
Saksikan sepanjang minggu ini bermula 7 hingga 11 Februari di fb keluargamagazine setiap jam 2.30 petang.
Bersama kita tambah ilmu berkenaan kesihatan keluarga #rawatdiri bersama doktor pilihan.
Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Nak mencuci karpet bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keenakan rasa biskut bangkit cheese memang cukup mengasyikkan, rasanya begitu digemari ramai. Pun begitu, hendak dibeli terasa mahal pula ini, kalau hendak dibuat tidak tahu pula resipinya.
Usah pening-pening kepala, ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini.
Biskut Bangkit Chees ini adalah salah satu jualan mak yang tak kurang hebat permintaannya. Salah satu antara peberet mak sebab makan tak boleh stop 35-40 pieces mak jual RM29.90 tapi inshaAllah kalau pandai buat sendiri lagi berbaloi tak yah beli dengan mak. Boleh juga tambah-tambah buat jualan korang nanti ya. Tak apa kalau orang tak nak kongsi resepi niaga dia jangan marah sebab ada lagi orang lain yang akan kongsi sama inshaAllah. Korang kan ade mak kan kan….
Bangkit cheese melting di mulut
6 cawan tepung ubi goreng tanpa minyak sampai agak berasap sket ok dah ya.
6 cawan tepung jagung
500g pure butter dan 1 sb shortening
500g cream cheese tatura
2 cawan gula halus
3 biji kuning telor
1 sk baking powder & 1sk asen vanilla..
500g /2 block 250g cheddar
Cara-cara :
1. Tepung jagung, tepung ubi, baking powder ayak
2. Mix kan butter, gula dan shortening sehingga sebati tak perlu kembang ya, masukkan cream cheese, asen vanilla & kuning telor putar lagi bagi sampai elok sebati, kemudian masukkan tepung sikit demi sikit sambil putar sekejap
3. Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan,parutkan cheddar gaul sebati, kalau doh masih agak lekat-lekat tambah atau tabur sikit-sikit tepung tepung ubi ye, rehat kan doh dalam 15-20 minit pastikan bekas bertutup ya.
4. Kemudian tekap acuan bunga pilihan korang ..panaskan oven bakar pada suhu 170-30 minit ikot oven masing-masing. Kalau tak cukup masak tambah masa..biar brown siket bawah bangkit baru rangup.
Bunga dia ada macam-macam patern korang pilih la mana-mana bunga yang korang suka ni proses sejuk kan dia lepas bakar. Pastikan betul-betul sejuk baru packing eh tak nak dia berpeluh nanti lemau.
Sebab bunga dia lebar-lebar tak sesuai kalau susun dalam bekas petak kalau bekas bulat macam ni ngam-ngam muat dia.
Perniagaan online cukup mudah dan begitu praktikal untuk diusahakan. Kata orang dengan berniaga secara online, keuntungan lebih besar. Maklumlah tidak perlu pekerja yang ramai hatta jika tiada premis perniagaan sekali pun, urusan jual beli boleh dilakukan.
Maka kerana itu jugalah Salwatul Mazrah Mohd Rasdi, 31 tahun memulakan perniagaannya secara online dan nekad untuk berhenti kerja agar boleh serius dalam perniagaan.
“Saya sebenarnya memulakan perniagaan ini selepas saya berhenti kerja. Jika ingin diimbau, pada mulanya saya menjadi dropship untuk mempromosikan produk orang lain. Menjadi dropship tidak memerlukan modal, cuma kena rajin membuat promosi. Bila dapat tempahan saya maklumkan pada syarikat tersebut dan mereka uruskan semuanya.
“Daripada usaha itu saya dapat komisen. Lama-kelamaan dengan sedikit modal dan pengalaman berurus niaga secara online, saya beranikan diri untuk mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri pada tahun 2015.
“Dalam memilih apa bidang pekerjaan atau perniagaan sekali pun, perlulah kenal pasti dan lihat yang mana paling dekat dengan hati. Jadi bagi diri saya, adalah produk kecantikan paling serasi dengan diri saya.
Ekstra Tip
Nasihat saya kepada suri rumah terutamanya yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan online ini perlulah sentiasa ikhlas dan redha dengan pelbagai situasi. Selalulah bercakap dengan Allah dan perlu juga ada sikap berdikari dalam diri. Selain itu, kalau ada impian jangan beri orang lain ambil impian kita itu. Kita kena percaya apa yang kita mampu buat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.