“Selalu Urus Jenazah Orang Lain, Hari Ni Aku Urus Jenazah Mak.” Perkongsian Lelaki Ni Bikin Sebak, Ramai Titip Doa!

Share

Ramai yang kehilangan orang tersayang akibat virus covid-19. Sudah lah tidak dapat menjaga ketika sakit Di hospital, bahkan ramai  yang tak sempat berjumpa buat kali terakhir.

Lebih memilukan, jenazah pesakit Covid-19 Di ambik alih oleh  petugas khas. Ahli keluarga hanya mampu memandang dari kejauhan. Tiada lagi peluk cium buat kali terakhir.

Dalam satu perkongsian Di Facebook,  saudara Abdul Razak Nordin , yang bekerja sebagai petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 ini berkongsi satu pengalaman paling berat untuknya sepanjang dia bertugas.

Siapa sangka, kerja yang dilakukannya sehari-hari itu menjadi yang terberat untuknya apabila harus menguruskan jenazah ibu sendiri. Lebih memilukan, tiada ahli keluarga lain yang boleh berada di sisi untuk sama-sama membantu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Ajak kehilangan ibunya, Allahyarhamah Patimah Ibrahim  akibat wabak Covid-19.

Selaku petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 selalunya aku menguruskan jenazah orang lain. Hari ini serba tak kena buat aku. Aku menguruskan jenazah mak aku. Ya, mak aku sendiri.

Jenazah mak saya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dan akan dikebumikan pada pukul 1.30 tengahari.

Segala urusan tayamum dan solat jenazah adalah di Unit Forensik Hospital Shah Alam. InsyaAllah saya akan bersama dengan mak saya hingga ke liang lahad. Doakan saya.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

 

IKLAN