“Selamat Belayar Ke Pelabuhan Jauh Anakanda.” Fauziah Nawi Kongsi Berita jenazah Anak Lemas Sudah Ditemui

Share

Penantian seorang ibu dengan segunung harapan agar anak ditemui selamat akhirnya berakhir dengan berita menyedihkan. Sejak semalam  operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas anak dramatis terkenal, Fauziah Nawi yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas. Namun pencarian berakhir apabila mayat Pitt hanif ditemui sebentar tadi.

Mangsa, Firdaus Haniff, 43, atau lebih dikenali Pitt Hanif yang berasal Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur hilang selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela dilaporkan terbalik kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


Sebelum ini, mangsa dilaporkan sedang memancing bersama rakannya di lokasi tersebut dibawa arus Sungai Jelai selepas bot fiber dinaiki terbalik, namun rakannya berjaya menyelamatkan diri. Berita kematian Pitt Hanif dikongsikan oleh Fauziah Nawi menerusi laman facebooknya tadi.

Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.

“Saya ingin mengumumkan jenazah anak saya Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan sangat elok. Ini diberitahu oleh adik saya yang berada di lokasi. terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berusaha mencari anak saya.

“Saya minta maaf kerana tidak boleh menjawab telefon. Pihak bomba yang menjumpai anak saya mengatakan jenazah sebegitu walaupun sudah dua hari dalam air. Allahuakbar Pitt,mama minta maaf tak dapat jaga Pitt sepertimana yang mama janjikan kepada arwah babah.

“Anak saya akan dibawa ke hospital Kuala Lipis. Tak tahu di mana dia akan di bawa pulang ke rumah saya atau rumah besan saya. Berakhir sudah hidup anak saya di usia 43 tahun. Alhamdulillah kerana jenazahnya ditemui elok. Terima kasih semua.

Itu antara perkongsian dari Fauziah Nawi. Al-Fatihah buat arwah Pitt Hanif, semoga keluarga tabah dengan dugaan ini.

IKLAN