Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Harris Annuar Gelar ‘Baby Lato-Lato’!

Share

Sebelum ini tular isteri kepada pelakon, Harris Annuar yang juga pelakon, Asha Merican sepanjang kehamilannya mengidam macam-macam termasuklah gemar dengan bau simen di dinding.

Hari ini, Harris memuat naik bahawa isterinya telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada malam semalam di laman Instagram miliknya. Cahaya mata perempuannya itu dilahirkan pada 11.51 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.

Pada hantaran tersebut, Harris turut berkongsi nama puterinya itu kepada umum iaitu Aura Medina binti Mohd Harris.

Malah, Harris sempat bergurau dengan menyatakan anaknya itu merupakan baby lato-lato Asha kerana sebelum ini mengidam bermain lato-lato ketika sedang hamil.

“11.51PM, 26/3/23, 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah, Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina binti Mohd Harris. 2.76KG Baby lato lato @ashamerican,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, Harris dan Asha juga telah membuka akaun Instagram untuk puteri sulungnya itu dengan nama @aura.medina.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.

Sumber : Instagram @harrisannuar

IKLAN