“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

Share

Memulakan tahun baru 2022 dengan status sebagai seorang isteri. Itu berita gembira darie selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi.

Dia melangsungkan pernikahan dengan Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Mahadi BZ.

Majlis pernikahan dilakukan secara ringkas di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Dengan sekali lafaz, Heliza sah bergelar isteri kepada Dato’ Sri Mahdi. Dalam majlis tersebut, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Pasangan pengantin diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya.

Berita perkahwinan Heliza dan Mahadi dikongsi oleh forographer terkenal Aqoimran menerusi laman Instagramnya.

Tidak ketinggalan, rakan terdekat pasangan ini turut berkongsi berita gembira tersebut. Ini termasuklah pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya.

“TAHNIAH KEDUA ADINDA SAYA Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan debgan izin Allah.. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian…  Maaf tak dalat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan… Esok kita jumpa ye..”

Menerusi hantaran video menerusi Instagram Story, jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum acara akad nikah dijalankan.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

Tampil menawan pakai busana pengantin putih…persis seorang puteri, penampilan Heliza cukup menawan. Turut sama mengringi pengantin baru ini adalah ahli keluarganya yang tampil sedondon rona merah jambu.

 

 

IKLAN