Semai Kesom Guna Pinggan Kertas, Cara Unik & Mudah Untuk Mak-mak Cuba!

Share

Menanam kesom ada orang pengalamannya berbeza. Ada yang sangat  mudah, dengan sekadar mencucuk keratan batang, tanaman boleh hidup dengan subur.

Namun tidak kurang juga, puaslah menanam beberapa kali namun tanaman tidak juga ‘menjadi’.

Di sini dikongsikan cara yang cukup unik dan mudah untuk dibuat. Mana tahu selepas ini kesom yang ditanam hidup subur.

Semai kesom..boleh try kawan-kawan..cuma masa semai..pastikan pokok kesom yang diambil tu segar tak layu..lepas tu..semai ditempat yang redup…sehingga berakar. InsyaAllah akan hidup subur selepas dialihkan. selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Gunting

Pinggan kertas

STEP 1 : Sediakan keratan kesum yang segar dan pastikan jika ada yang kurang segar dibuang dahulu daunnya.

 

STEP 2 : Ambil piring kertas dan tebuk menggunakan gunting seperti ini.

 

STEP 3 : Masukkan keratan kesum pada bahagian kertas yang ditebuk tadi.

 

STEP 4 : Buat sehingga penuh bahagian yang ditebuk seperti di dalam gambar.

STEP 5 : Rendam di dalam takungan air sehingga keluar akar sebelum dialihkan ke tanah.

 

sumber : Asrul Achoi via Kelab kaki Kebun

 

IKLAN