“Semakin Dewasa Semakin Cantik Manis Anak Yang Bongsu” – Netizen

Share

Abby Abadi membawa anak-anaknya, Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha pulang ke kampung suaminya, Faizal Zakaria di Pasir Mas Kelantan untuk menyambut hari raya Aidiladha. Manakala Norman pula beraya di kampung Memey di Johor.

Menerusi akaun Instagram Abby Abadi, telah dimuat naik satu video yang menunjukkan gelagat anak – anaknya ketika mereka sekeluarga berhenti di pantai semasa dalam perjalanan pulang ke ibu kota. Seperti biasa, Abby pasti akan mengambil gambar dan video untuk kenangan mereka bersama.

Melihat Danish, Marissa dan Danisha, ramai yang memuji anak-anak Abby ini. Si abang segak dengan caranya, manakala yang anak dara pula semakin hari semakin terserlah kecantikan mereka. Wajah Marissa saling tak tumpah seperti wajah Abby ketika muda dahulu.

Mata netizen juga tertumpu kepada Danisha atau digelar Kakak Baby yang semakin cantik. Ramai yang mengatakan wajah Danisha begitu seiras dengan wajah Memey. Seronok apabila anak-anak sudah besar, seperti kakak dengan adik-adik pula melihat Abby dan anak-anaknya ini.

Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak-anak Abby mewarisi kejelitaan Abby. Danisha pun masih kelihatan malu – malu setiap kali bergambar.

Untuk rekod, Abby dan suami, Jai telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Danial Firman yang dilahirkan secara pramatang, namun meninggal selepas 70 hari dirawat di wad Uit Rawatan Rapi Neonatal, Hospital Sungai Buloh.

Sumber: Instagram Abby Abadi

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN