Semburan Bawang Putih Tahan Hingga 3 Bulan. Bantu Atasi Serangan Serangga Perosak, Cara Paling Mudah Nak Buat!

Share

Berkebun kini menjadi salah satu aktiviti mengisi masa lapang ketika pelaksanaan PKP. Ada yang telah berjaya menanam pelbagai pokok yang telah mendatangkan hasil seperti pokok cili, kobis dan bayam brazil.

Namun apa yang menjadi masalah apabila tanaman menghadapi serangan seranggan perosak seperti kutu thrip, hama, semut dan sebagainya yang menyebabkan berlaku  masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.

Semburan organik bawang putih.

Bahan-bahan:

Cili padi 6 tangkai.*
5 ulas bawang putih.*
Halia 3 hiris.*
Sesudu minyak masak.
Sesudu cecair pencuci pinggan.
Air paip 250ml.*

Cara-cara:

*Kisar semua bahan bertanda*.
*Tuang ke dlm bekas kedap udara,tutup dan biarkn 12 jam dlm suhu bilik.


*Slps 12 jam, tapis bahan² yg tlh dikisar.

*Ambil 30ml pati + 1L air biasa dan masukkn ke dlm botol spray.Campur sesudu minyak masak & sesudu cecair pencuci pinggan.Goncang.Sedia utk digunakan.
*Spray pd pokok pokok yg mmpunyai mslh kutu thrip,hama,semut dsb yg mnybbkn masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.Lakukn pd sblh ptg shj slps siram pokok.Terpakai utk semua jenis tanaman berumur sebulan ¹/² ke atas.Lakukan seminggu dua kali.

*Pati semburan organik blh disimpan ke dlm peti sejuk dan tahan utk tempoh 3 bln.
Selamat Mencuba.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN