Sempat Bergurau Berat Badan Susut, Aishah Sibuk Dengan Pelbagai Urusan.

Share

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin yang membuat pendedahan bahawa sibuk dengan pelbagai urusan. Malah penyanyi bersuara merdu, Aishah turut berkongsi menerusi Instagram nya.

BERAT BADAN SUSUT

Muat naik entrinya dia menjelaskan akibat sibuk menyebabkan berat badannya menjadi susut. Katanya dalam nada gurauan boleh turun berat badan kerana sibuk dengan persiapan perjalanan untuk majlis hari raya, makan malam dan juga menemani rakan sekolahnya mencari doorgift untuk majlis perkahwinan anak rakannya itu.

“Crazy couple of days,macam lipas kudung dua tiga hari ni.Persiapan nak travel utk majlis hari raya dan makan malam.Sambil2 tu kena mencari barang utk doorgift wedding anak teman sekolah.Waaaah boleh kurus lagi macam ni.”

 

Dia juga sempat memohon maaf jika ada yang cuba menghubungi dan memberi respon apabila mempunyai kelapangan masa.

“Sesiapa yg cuba contact I utk.apa2 hal please bear with me,I akan respond bila ada kelapangan ok. Doakan I sihat dan fokus ye dlm.perjalanan.”

 

WARGANET TITIP DOA
Kapsyen itu membuatkan ramai peminat mendoakan kesihatannya dan dipermudahkan urusan.

Sumber: aishahjmm

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

IKLAN