Berikutan kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID 19 beberapa hari lalu, pengesanan kontak rapat kini sedang giat dijalankan KKM.
Salah seorangnya termasuklah peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kelas Agama dan fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan 1442/2020, Maryam Solehah Noor Hisham, 8, turut diminta menjalani saringan.
Menurut bapanya, Noor Hisham, beliau telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Seremban semalam dan diminta membawa Maryam ke Klinik Kesihatan Senawang untuk membuat saringan.
“Saya dan isteri sudah bersedia sebenarnya bila kami tengok di Facebook Jabatan Kemajuan Islam(Jakim) ada gambar Maryam bercakap dengan Datuk Zulkifli.
Ads
“Petang semalam lebih kurang jam 3.45 petang, saya dihubungi Pejabat Kesihatan minta bawa Maryam buat saringan dan kami akur dengan arahan,” katanya yang tinggal di Taman Marida.
Tambahnya, sehingga kini keadaan kesihatan Maryam baik sahaja dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Sebagai langkah keselamatan, beliau sekeluarga mengambil pendekatan untuk kuarantin diri di rumah sehinggalah keputusan saringan Maryam diperoleh.
Ads
“Saya tunggulah arahan seterusnya. Buat masa ini saya dan isteri diberi kebenaran oleh pentadbiran sekolah untuk bekerja dari rumah.
“Anak-anak pun saya tidak hantar ke sekolah termasuk Maryam melainkan anak sulung saya yang kini berada di asrama,” tambah beliau.
Mak ayah dah bawa anak-anak pergi periksa gigi? Kalau belum cepat-cepatlah bawa. Tak perlu tunggu gigi banyak tumbuh baru bawa. Dah boleh bawa check gigi seawal gigi pertama tumbuh lagi.
Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.
Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.
Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Sumber: Iqbal Rosali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kejang beberapa kali akibat demam sawan. Namun, dengan tindakan segera dengan membawa ke hospital dapat menyelamatkan anak daripada komplikasi.
Begitulah detik cemas yang dilalui oleh seorang ibu menerusi facebooknya, Cik Puan Ammy. Beliau tidak menyangka anaknya yang aktif mendapat demam sawan. Kesempatan ini juga, turut berkongsi panduan jika mengalami situasi anak demam sawan.
KRONOLOGI ANAK KENA SAWAN
Sejak semalam ramai rakan dan ahli keluarga mesej bertanyakan tentang keadaan Mahsuri. Bila, bagaimana dan kenapa Mahsuri boleh terkena sawan demam… Bukan niat nak menyepi tapi masih dalam keadaan terkejut. Hari ini bila perasaan dah tenang, saya cuba menceritakan apa yang berlaku dan puncanya. Di kesempatan ini juga saya kongsikan sedikit sebanyak panduan yang diberi oleh doktor jika menghadapi anak yg mengidap #Sawan_Demam.
1-2 Ogos 2019 adalah satu malam yang amat panjang untuk saya sekeluarga… Malam yang tidak sanggup kami lalui lagi kerana setiap saat hanya berhujan dengan deraian air mata… Mengharap doa dimakbulkan kerana sedar diri ini tidak terlalu sempurna disisiNya… Allahu Akbar.
Biasanya demam tak lama akan kebah
Ia bermula pada petang Rabu. Mahsuri tiba-tiba demam tetapi tidak terlalu panas. Dia aktif seperti biasa. Saya hanya memberi ubat demam kepadanya dan seperti selalu membawa dia berniaga. Di tempat niaga, dia juga aktif. Makan apa yang ingin dia makan dan main apa yang dia ingin main. Saya tidak terlalu risau memandangkan setiap kali Mahsuri demam ianya tidak akan lama, sehari dua ia akan ‘kebah’.
Malam sebelum tidur tetap aktif
Habis niaga, jam 11 malam kami sampai dirumah. Mahsuri masih demam. Rutin harian saya, setelah sampai dirumah saya pasti akan mandikan Mahsuri apatah lagi jika dia tidak sihat. Saya pasti akan mandikannya berkali-kali dalam satu malam. Tetapi tidak pada hari ini, mungkin kerana pada waktu itu saya terlalu penat tambahan pula dia nyenyak tidur, maka saya tangguhkan untuk esok pagi. Entah kenapa, malam tu saya rasa tidak sedap hati untuk tidur didalam bilik. Saya bawa Mahsuri tidur diruang tamu. Dia sedar dan minta makan. Kebetulan abangnya juga sedang makan. Setelah beberapa suap Mahsuri makan, dia minta untuk menonton ABC Song (youtube). Dia juga aktif seperti biasa.
Seluruh badan kejang
Jam 2 pagi… Semuanya bermula disini. Saya terbangun dari tidur kerana rasa seperti digigit (Mahsuri breast feeding). Selalunya dia tidak pernah menggigit. Saya alihkan mukanya dan betapa terkejutnya saya bila dapati matanya telah keatas dan seluruh badanya kejang. Saya menjerit sekuat hati memanggil suami yang tidur dibilik. Nasib baik menyebelahi saya kerana memilih tidur diruang tamu kerana terang. Jika saya tidur di bilik pasti tidak nampak keadaan Mahsuri kerana gelap.
Suami bergegas bangun dan mendakap Mahsuri. Alhamdulillah badannya kembali lembut dan matanya kembali normal. Tetapi ianya bertahan selama beberapa minit sahaja, badannya yang lemah tadi tiba-tiba menggigil dan dia mengetap giginya. Tanpa berlengah lagi, kami terus membawanya ke hospital. Sewaktu di dalam kereta, saya lihat bibirnya biru dan matanya sudah tertutup, badannya juga sudah terkulai.
Ya Allah… Pada waktu itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan kami. Tanpa berlengah lagi, saya mencengkam mulutnya yang terkatup rapat dengan kuat dan memasukkan jari terlunjuk saya bagi membantu Mahsuri bernafas. Terbukanya mulut Mahsuri, banyak air liur yang berbuih keluar mengalir. Mahsuri kembali kejang. Walaupun bergitu kami lega kerana Mahsuri masih bersama kami.
‘Tolong tuan, anak saya sawan..’
Dalam perjalanan kami tempuhi satu sekatan jalan anggota PDRM. Suami sedaya upaya bunyikan ‘hon’ banyak kali sambil kami menjerit “tolong tuan… Anak saya sawan…” Berkali-kali supaya kereta dihadapan ketepi untuk memberi laluan kepada kami. Alhamdulillah PDRM telah memberi kerjasama yang baik dan amat kami hargainya.
Sepanjang jalan, pada tiap kali Mahsuri berhenti menggigit dan terkulai, saya akan menggoncang tubuhnya sekuat hati sambil memanggil namanya berharap dia ‘respon’. “Sayang… gigit mama sayang… Jangan berhenti… Gigit kuat-kuat”
Setiap kali Mahsuri sedar dia akan kembali kejang dan bergetar. Surah Al Fatihah tidak berhenti berkumandang dari mulut suami. Kalimah syahadah juga tidak berhenti saya bisikkan ketelinganya. Pagi itu terasa perjalanan kami ke hospital sangatlah jauh walaupun jalan raya lengang. Saya tidak tahu berapa lajunya suami saya memandu namun saya masih berasa kereta itu bergerak amat perlahan sehingga saya memaksa suami memandu dengan lebih laju.
Zon merah
Setibanya di hospital (HTJ Seremban), Mahsuri disambut oleh beberapa orang pegawai perubatan dan terus ke zon merah. Letak sahaja Mahsuri dikatil, jari saya segera dilepaskan oleh doktor dari mulut Mahsuri. Luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan bergitu. Saya tidak pernah melihat suami saya menggigil seteruk itu. Kasihnya seorang bapa. Melihat keadaan kami yang tidak tenang.
Doktor meminta kami bertenang dan menunggu diluar sementara mereka memberi rawatan kepada Mahsuri. Kami akur… Sepanjang masa kami berdoa mohon kepada Allah Swt agar diberi kesempatan kepada kami menjaga Mahsuri lagi.
Berapa minit kemudian, kami dipanggil untuk menceritakan pada awal Mahsuri demam sehinggalah Mahsuri mendapat sawan demam atau dikenali sebagai #Febrile_Seizure. Saya merenung Mahsuri yang tidak sedarkan diri. Tubuh kecil itu bergetar dan matanya pejam kemas. Saya mengusap lembut kepalanya. ” Auciii… Auciii sakit ya… Mama baba ada Sayang…” Saya bisikkan ketelinganya dengan lembut.
Bilik kecemasan selama 1 jam
1 jam lebih di ’emergency room’, Mahsuri kembali tenang. Tubuhnya tidak lagi bergetar. Doktor mengatakan dia sedang berehat. Mahsuri ditolak ke ‘ward’ untuk rawatan selanjutnya. Semasa menunggu Mahsuri sedar saya didedahkan oleh pegawai perubatan mengenai sawan demam. Apa itu sawan demam. Apabila suami ‘up status’ di FB mohon kawan2 bantu mendoakan Mahsuri, rupanya ramai para kenalan mengalami nasib yang sama dengan kami. Ada juga yang tidak berpengalaman bertanya bagaimana ia menyerang, tanda-tanda sebelum ia menyerang dan bagaimana cara untuk merawatnya sementara ke hospital. Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak keterangan doktor kepada saya.
SAWAN DEMAM Apa itu #Sawan_Demam_(Febrile_Seizure) Ianya disebbkan oleh demam panas d kalangan bayi atau kanak2 kecil yang normal. Berbeza dengan #Sawan_Babi_(Epilepsi) ianya adalah sawan yang berulang2 tanpa disebbkan oleh demam. 2.5% drpd kanak2 normal boleh menghidap sawan demam. Tanda-tandanya… 1. Badan terasa panas. 2. Badan dan kaki tegang. 3. Kaki dan tangan tersentak2 tanpa ransangan. 4. Mulut berbuih. 5. Terberak atau terkencing. 6. Tertidur dan tdk sedarkan diri seketika. Apabila sedar kelihatan bingung dan kembali aktif. 7. Kebanyakan berlaku melebihi suhu badan 38.5°c dan pada hari pertama demam.
Apa harus dilakukan? 1. Ibu dan ayah perlu bertenang. 2. Iringkan anak kesisi badan (mengiring ke kiri). 3. Rendahkan kepalanya agar cecair yg ada dalam mulut mengalir keluar. 4. Jika anak mengetap gigi, jangan masukkan sesuatu objek atau jari kedalam mulut anak bimbang akan tercekik atau tercucuk. 5. Lap seluruh badan menggunakan air paip bukan air sejuk bg mengawal panas badan. 6. Jika sawan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi dan segeralah bawa ke hospital.
Jika demam berpanjangan. Berikan ubat2an seperti paracetamol atau ibuprofen utk menurunkan demam. Mandi atau lap badan dengan air paip bukan air sejuk sekerap yg boleh. Bagi anak minum air sejuk, ini dpt membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi. Alhamdulillah… 2 Ogos… Jam 9 pagi Mahsuri sedar dari tidur, ayat pertama keluar dari mulutnya adalah…
“Hai… Hello mama…” Sambil melambai tanganya… Ya Allah… Leganya hati saya… Terima kasih Allah kerana meminjamkan Mahsuri kepada kami dan memberi kesempatan kami menjaganya lagi…
Kita selalu dengar tentang soal nafkah suami pada isteri. Memang ada suami yang lupa atau mungkin kurang fajam tanggung jawab yang satu ini.
Kerana itu ada yang kadang-kadang bagi, kadang kadang tidak. Walaupun isteri bekerja, namun suami tetap kena menghulurkan wang. Kepada para suami, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga.
Jadi para suami kena tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumahtangga. Suami kena tahu walaupun isteri tidka meminta, namun tetap kena hulur setiap bulan. Ini yang diulas oleh Dr Taufiq Razif.
Emakku Ustazah
Sentap juga haritu bila kena ceramah oleh ustazah kat dalam gambar ni. Ustazah ni tak terkenal. Malah tak pernah masuk TV pun. Tapi dalam ribuan ustazah, ustazah ni lah yang dah berjaya membuatkan hati saya tersentap pedih.
” Nafkah ni hak isteri. Walau isteri tak pernah minta, kita kena bagi. Bagi kat tangan dia tiap bulan bukan main tunggu isteri minta baru bagi “
” Bagi la semampu kita asalkan kita lepas daripada nak kena jawab di sana nanti “
” Bagi jangan tak bagi. Jangan sampai duit bulanan kita banyak tapi tak tahu ke mana hala duitnya pergi ” ( tanda duit tak berkat sebab tak tunaikan hak nafkah isteri )
Inilah lebih kurang isi ceramah ustazah tu pada saya. Allah. Sentapnya bukan main! Saya angguk angguk perlahan tanda setuju. Kalau ustazah lain yang ceramah mungkin saya tak sentap sangat tapi ustazah yang baru je ceramah di depan saya tu adalah IBU a.k.a EMAK saya sendiri.
Ustazah ni pesan lagi. Tak kisah lelaki ni jenis fokus sangat bekerja ke atau apa apa pun alasan. Yang wajib tetap wajib. Nafkah tetap kena nafkah. Wajib bagi kat tangan isteri!
Dalam harta seorang suami, di dalamnya ada hak seorang isteri! Ye, walau isterimu seorang jutawan sekalipun! ?
p/s : Tolong ingatkan suami kita semua tentang benda ni ye. Kadang mungkin mereka lupa. Kalau pun tak mampu nasihat suami, boleh je bagi artikel ni kat mereka.
p/s : Saya suka berkongsi ilmu mendidik anak / parenting secara percuma di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ?t.me/NotaTaufiqRazif
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.