Sempena Hari Guru, Ibu Ni Dah Siap Tanam Kesom Untuk Hadiahkan Pada Cikgu Anaknya! Unik Sangat.

Share

Umumnya bila bulan Mei, anak-anak kita yang bersekolah rendah begitu teruja untuk membeli pelbagai hadiah untuk diberikan kepada guru kesayangan mereka bersempena Sambutan Hari Guru.

Pun begitu, seorang ibu ini lebih selesa memberikan sesuatu yang berbeza daripada biasa untuk guru-guru anaknya dengan menghadiahkan anak pokok daun kesum.

Mungkin idea ini boleh dijadikan contoh. Untuk itu jom kita lihat perkongsian daripadanya.


Banyak-banyak pokok…pokok Kesom yang serasi dengan saya…

Tempohari ajar anak menyemai Kesom, Alhamdulillah sihat semuanya..

Hajatnya nak dijadikan hadiah hari guru 16 May nanti.Ada masa lagi nak bagi pokok ni membesar .

Caranya:

1. Cantas pucuk dari pokok induk.
2. Buang daun hanya tinggalkan 2 ker 3 helai sahaja.
3.Terus cucuk ke tanah (gunakan tanah merah+tanah hitam di nursery).. Pastikan tanah lembap.
4. Masukkan bekas semaian dalam bekas bertakung air selama seminggu.
5.Spray pucuk tadi pagi petang
6.Letak tempat redup.Tak perlu baja pada masa ni..

Sumber :Siti Annallyssa via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

IKLAN