Di dalam hidup ini Allah sayangkan kita, jadi apa yang berlaku kerana Allah sayang. Masing-masing punya ujian yang berat. Namun di sebalik semua itu, jawapannya hanya satu, kerana Allah sayang.

Demikian dengan apa yang berlaku kepada dua pasangan ini. Pernah terpalit kontroversi suatu ketika dahulu, namun aturan Allah tiada siapa boleh menduga. Kini mereka bersatu dan hidup dalam suasana harmoni.

Malah, dua buah keluarga ini juga cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman Hakim dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.

Semua Terjadi Kerana Allah Sayang, Anak Dapat Kasih Sayang Lebih Hebat & Inilah Istimewanya Hubungan Kami- Memey Suhaiza

Tidak hairanlah banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan semalam keluarga besar ini telah bercuti bersama.

Ukhwah antara mereka sangat kukuh dan keharmonian hubungan cukup manis dan sejuk mata memandang.
Semua Terjadi Kerana Allah Sayang, Anak Dapat Kasih Sayang Lebih Hebat & Inilah Istimewanya Hubungan Kami- Memey Suhaiza

Usah dikenang

Melihat keakraban Abby dan Memey bagaikan adik beradik, pastinya hubungan istimewa ini sungguh istimewa hubungan ini tanpa ada rasa prejudis kisah lalu. Gelak ketawa yang dipaparkan sudah jelas memaparkan hubungan mesra tanpa sempadan.

“Yang berlalu biarkan berlalu. Dah habis dah episod tu. Rasanya lama sangat dah berlalu. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Menuju masa depan depan yang lebih baik untuk kami dan anak-anak. Banyak perkara lain yang harus difikirkan daripada perasaan,” jelas Abby sambil ketawa.

IKLAN
Semua Terjadi Kerana Allah Sayang, Anak Dapat Kasih Sayang Lebih Hebat & Inilah Istimewanya Hubungan Kami- Memey Suhaiza
Gambar IG Abby Abadi & Memey Suhaiza

Suami role model

Mengulas mengenai jalinan hubungan baik antara mereka, Memey Suhaiza mengakui mereka semua memainkan peranan masing-masing. Paling utama adalah demi kebaikan anak-anak.

“Semua yang berlaku ada hikmah dan dalam apa yang kami lakukan semuanya  adalah demi pembesaran anak-anak memandangkan mereka masih kecil waktu itu. Saya sendiri memang dibesarkan dalam keluarga yang penuh penuh kasih sayang. Jadi, saya mahu perkara sama untuk anak-anak. Tak sangka ukhwah antara kami makin berkembang dan walaupun anak-anak sudah besar, hubungan kami makin erat. Semuanya berjalan lancar selain komunikasi antara kami juga baik.

“Yang kami titikberatkan adalah mahu bahagia sama-sama dan sebab itu kami sepakat. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini nikmat yang saya peroleh dan berpeluang berada di dalam keluarga yang banyak sangat kasih sayang.

“Saya tahu orang diluar sana tahu kisah kami dan ramai yang tanya macam mana boleh baik dan bahagia macam ni. Semua yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah dan kerana itu, bila orang tanya macam mana kami boleh serapat seperti sekarang, saya tak tahu nak cakap macam mana.

IKLAN

Semua Terjadi Kerana Allah Sayang, Anak Dapat Kasih Sayang Lebih Hebat & Inilah Istimewanya Hubungan Kami- Memey Suhaiza

“Saya masih ingat satu momen, ketika itu kami tidak sebaik ini, kak Abby jumpa dan dia cakap kalau sayangkan suami pakai tudung. Waktu itu kami jumpa, bersalaman dan kak Abby peluk saya. Waktu itu kami tak pernah bertegur dan membawa haluan masing-masing. Teguran itu memberi kesan kerana suami saya sendiri sebelum itu beri kelonggaran dan tak memaksa. Sementelah ketika itu saya hanya fikir soal nak berlakon.

“Selepas ingatan kak Abby itu dan tak sangka ia beri kesan. Ditambah pula dengan suami juga selalu beri tunjuk ajar dan jadi role model buat saya. Bila tengok suami selalu solat awal waktu, malah solat dhuha dan tahajud jadi amalannya yang tidak pernah tinggal. Daripada situ jadi contoh dan buat saya sangat bersyukur kerana ini satu rahmat yang cukup besar untuk diri saya,” Ujar Memey yang membuka biacara awal tentang hubungan baik antara mereka sekeluarga.

Setiap orang ada ujian berbeza-beza, jadi dalam situasinya, akui isteri kesayangan Norman Hakim ini, dia sangat bersyukur kerana Allah sangat baik dengannya.

“Kak Abby sangat baik dan saya tak tahu nak cakap macam mana. Anugerah ini cukup indah buat saya. Malah, anak-anak tiri saya, Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 pun baik sangat,”ungkap ibu kepada Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim, 3 bulan.

IKLAN
Semua Terjadi Kerana Allah Sayang, Anak Dapat Kasih Sayang Lebih Hebat & Inilah Istimewanya Hubungan Kami- Memey Suhaiza
Gambar IG Memey Suhaiza

Aktiviti bersama

Ditanya mengenai aktiviti yang selalu dilakukan bersama, akui Memey itu antara rutin yang dilakukan jika berkelapangan.

“Kalau sibuk akan buat haluan sendiri. Tetapi kami selalu berkomunikasi dan berjumpa. Jika ada masa kami akan berkunjung ke rumah masing-masing. Biasa kalau berkumpul memang kami akan makan-makan atau berborak dan ada masa pergi bercuti bersama. Itu sudah menjadi rutin dan rancang untuk bercuti hujung tahun nanti selepas anak-anak cuti sekolah nanti.

“Yang paling teruja dan gembira pastinya anak-anak apabila tahu kami rancang macam-macam untuk percutian ini. Selain itu, saya dan Kak Abby selalu bantu antara satu sama lain terutama dalam hal anak,” jelas Memey yang mengakui rindu dunia lakonan dan bakal muncul dalam drama bersiri tidak lama lagi.

Semua Terjadi Kerana Allah Sayang, Anak Dapat Kasih Sayang Lebih Hebat & Inilah Istimewanya Hubungan Kami- Memey Suhaiza

Semua Terjadi Kerana Allah Sayang, Anak Dapat Kasih Sayang Lebih Hebat & Inilah Istimewanya Hubungan Kami- Memey Suhaiza

Sumber: Majalah Keluarga November 2018

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI