Senang Betul Nak Buat Kek Pisang Gula Perang Gebu Ni. Bahan Simple Je, Tapi Hasilnya Superb!

Share

Selalu kalau beli pisang, awal je makan beria, lepas tu dibiarkan atas meja gitu je sampai naik lebam! Dari biar terbiar je membazir, apa kata buat kek pisang. Boleh buat makan minum petang, ye dak?

Baru-baru ini Azlina Ina ada berkongsi resipi kek pisang gula perang gebu, siapa tak kenal kan pemilik akaun Facebook ni yang selalu berkongsi resipi kek dan biskut yang sedap-sedap dan confirm jadi! Jom tengok step by step nak buat keknya!

Kek Pisang Gula Perang Gebu

Bahan-bahannya :-

250g pisang berangan
270g gula perang (boleh kurangkan kalau pisang manis)
200g minyak jagung/masak
150g tepung gandum
1 sk soda bikarbinat
1 sk baking powder
3 biji telur

Cara-caranya :-

1. pisang berangan lecek yg berangan tu pisang jgn ko yg berangan mmg xsiap la kek.
pisang emas pn boleh tp sebab pisang emas semua org dah bawak belayar😂 jd guna pisang lain pisang awak boleh tp pisang awak awak kat mana😂 xjumpa

2. gula perang ok kat kedai ade jual mesti ade tanya mak gula xperang boleh😏 ko tukau la tajuk berita caption td kalau dah xnak gula perang.bukan ade org mrh pn pakai la gula ape pn kek tu kau yg makan😂

3. minyak jagung kalau gaji naik bulan depan kalau gaji cukup2 makan ko pakai je la minyak biasa jgn pkai minyak tanah je sudah kang tebakar plak perut ko😂

4. tepung gandum+baking powder+soda bikarbonat 1sk ayak lah jgn malas sgt. kot malas ayak ko nak pakai tepung self rising pn boleh klau ko pemalas tahap makan sambil baring😂

5. telur gred A telur mahal xyah banyak2 ko beli telur kat kedai acheh 5 biji 3 biji wat kek 2 biji wat telur dadar

6. blend semua bahan dalam senarai td kecuali tepung dan pisang dah sebati masuk pisang blend sekejap

7. tuang dalam tepung

8. masuk kan dalam loyang bakar suhu 180 masa 40 mnt smpai masak

Siap! Sedia untuk dihidang! Nampak gebu gebas kan?

Sumber : Azlina Ina Fans

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

IKLAN