Tanam sendiri halia? Tak ada masalah, jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh puan Bebiyana Tambi Khan ini. Cukup mudah,
Halia salah satu bahan utama dalam hampir setiap masakan kita, mesti ada simpan halia yang berbaki dalam peti ais atau dalam bakul bawah dapur.
Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
Ads
Nak tahu cara caranya sila tengok gambar ya.
Ads
ni contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci diaKemudian potong potong halia mengikut tunas yang dah tumbuhRendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang adaKemudian, keringkan.Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah.Kambuskan nya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan total)inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda. Selamat mencuba. Tanam halia yeBancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan
Bilamana anak-anak tidak sihat dan mula muntah-muntah biasanya kita akan berasa resah gelisah, apatah lagi jika muntah berkali-kali. Memahami cara terbaik untuk berdepan dengan situasi ini, perkongsian info daripada seorang doktor ini sangat memberi manfaat. Jom semak.
APA NAK BUAT BILA ANAK MUNTAH?
Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.
Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak-kanak muntah.
Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.
Penyebab kanak kanak muntahadalah:
1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
– biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan
– akan sembuh dalam 1-3 hari.
2. Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan
– sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.
– Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.
3. Keracunan
– boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.
4. Masalah usus
– contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.
5. Jangkitan kuman yang lain
– contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.
Penyebab muntah kepada bayi adalah :
1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
2. Gastroesophageal reflux
– kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.
3. Alahan makanan atau bahan lain
4. Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.
5. Masalah kongenital
– biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.
6. Intussusception
– keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.
7. Strangulated hernia
– Angin pasang bersimpul.
8. Terlebih makan atau minum.
Ok, bila kita perlu risau bila anak kita muntah?
1. Muntah yang melebihi 24-28 jam
2. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu)
3. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas)
4. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk
5. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu
6. Anak kurang makan dan minum
7. Tanda tanda dehidrasi:
– Mulut/bibir kering
– Menangis tapi tiada air mata
– Lesu dan nampak celaru
– Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)
8. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk
9. Asyik mengadu sakit /menangis
10. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.
11. Perut kelihatan kembung atau keras.
12. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.
Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.
Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.
Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya.
Perhatikan anak anda sebaiknya. Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.
Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor.
Masa adalah nyawa.
Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:)
1. Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.
2. Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.
3. Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.
4. Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.
5. Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.
6. Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.
7. Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.
Jadi, apa yang perlu dibuat untuk merawat?
Saya senaraikan dalam gambar di bawah ya
Nota kaki : Anak kita, amanah kita. Anak kita, bukan anak mereka
sumber : Dr. Erna Nadia
Kebersihan itu sebagian dari iman
(HR. Ahmad)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila Covid-19 semakin meningkat, kita semua digalakan duduk di rumah.
Nak beli makanan di luar tentu tak berani. Selain beli secara atas talian, kita boleh ajer masak sendiri untuk keluarga.
Bagi yang tak ada idea untuk hidangan menu minum petang, apa kata cuba resipi mudah ni iaitu Apam Pisang gebu. Guna blender jer. Jom buat!
Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
Cara-cara
1. (Adunan basah): Blend telur dan gula sampai kembang (1minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30min. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan. Apabila dah 30minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Setiap hari fikir menu apa laa nak masak untuk makan satu keluarga. Selalunya, nasi putih, lauk pauk yang kadang macam setiap minggu dah ulang. Naik buntu jadinya!
Alang-alang esok cuti, boleh la cuba masak nasi lain sikit dari nasi putih biasa tu. Buat nasi minyak oren sunquick seperti yang dikongsikan oleh Super Daddy kita, siapa lagi kalau bukan encik Khairul Abdullah! Senang je cara nak buat, bahan pun macam sedia ada jat dapur, terus onz lah buat. Jom tengok caranya!
Hari ni malas masak.
Tapi rasa macam nak makan special sikit. Jadi aku buat nasi minyak, ayam goreng jer dengan acar timun.
Sedak do’oh gitu saja pun.
Aku buat nasi minyak ni letak oren sunquick, ngam betul masam-masam manis oren tu. Paling best adalah bau dia. Fuhh nyaman. Nak buat dia pun mudah.
Resipi Nasi Minyak Oren Sunquick
2 cawan beras, dibersihkan dan toskan.
2 sudu minyak masak
2 sudu minyak sapi
1 biji bawang besar dihiris nipis.
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 set rempah 3 sekawan
1 helai daun pandan disimpul
2 sudu oren sunquick
1 kiub pati ayam
1 cawan susu cair kalau ada
2 cawan air
1 kotak kecil raisin
Cara nak buat dia:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bebawang, rempah 3 sekawan dan daun pandan sampai harum dan masukkan beras. Kacau sebati dan masukkan raisin. Kacau sekejap dan pindah ke periuk letrik.
2. Pastu masukkan susu cair, kalau takde jugak masukkan air jer ikut sukatan beras macam biasa korang masak nasi. Pastu masukkan kiub ayam yang dihancurkan dan pastu masukkan oren. Kacau sikit pastu seterusnya tekan ON.
Siappp!!
Hidanglah dengan lauk kegemaran korang. Kalau ada ayam masak merah, phewwww meletup diet kau.
Fedtri Yahya berkongsi peringatan mengenai bahaya sihir pemisah yang boleh merosakkan rumah tangga, memberi kesan kepada anak-anak serta menggugat keharmonian institusi keluarga.