Senang Je Rupanya Nak Buat Boko Ubi Kayu. Buat Sendiri Makan Banyak-Banyak Baru Puas Hati!

Share

Bila duduk kat bandar ni, mana nak dapat kuih tradisional orang dulu-dulu. Betul tak?

Kalau ada pun, rasanya jauh beza dek buatan tangannya, apatah lagi bahannya.

Dari dok merungut, baik buat sendiri je! Kan? Especially kuih boko ubi kayu. Bila dapat resipi yang sedap, makan rasa macam nak melayang! Haaa mana nak dapat? Ni la min nak share, resipi dari Lisa Hashim . Jom cuba

Serius sedap – Orang cakap tau🙊


Asal Ubi Kayu je, mesti sedap😋. Tekak orang kampung giteww. Ok Kita up resepi ye.

Boko Ubi Kayu
———————————
Bahan-bahannya :-

Lapisan bawah:
Ubi Kayu (diparut – 2 cawan)
Gula merah (1 cawan)
Air (3 cawan)

Lapisan atas
Santan kotak kecil – jadikan 3cawan
Tepung beras (1/3 cawan)
Garam halus

Cara-caranya :-

1. Buang kulit ubi kayu, bersihkan dan sagat kasar. Nak blend Pon boleh je sis. Up to u. Lebih kurang 2cawan ye sis² sekalian

2. Pastu sis boleh perah..perahh.. perah.. Ambil bahagian Ubi yang disagat aje ye. Air perahan boleh dibiarkan sebentar dan ambil settlement/Kanji yang mendap masukkan ke dalam ubi tadi

3. Sis guna gula ketul ye dalam 1ketul setengah, cairkan dengan 1 cawan air panas. Dah cair tambah lagi Baki 2 cawan air ya. Tambah gula jika nak lebih manis. Sejukkan

4. Dalam bekas yang sesuai, campurkan Ubi + airgula tadi ya. Then kacau.. kacau.. kacau 😬

Ni tahap kecairan nya. 2 cawan Ubi + 3 cawan air. Ngam2 dah pada saya. Sbb texture Boko ni lemah lembut tau, kalau keras tak best. Karang jadi talam da😝

5. Masukkan dalam bekas sesuai 1/3 je tau. Then kukus lah sehingga ianya bertukar clear kaler semua ya. Dalam 10-15 minit je sebab bekas kecil je ni

Keadaan bahagian Ubi yang dah dikukus.

6. Ini untuk bahagian santan. 1 kotak kecil santan jadikan 3 cawan air ya. Sebatikan dengan garam (1 sudu kecil) + 1/3 cawan tepung beras. Kemudian panaskan perlahan² sehingga pekat dan mendidih

Kemudian lapiskan bahagian santan. Sejukkan Dan ngap dengan happy

IKLAN