‘Senyuman Terakhir Papa Yang Buat Orang Tenang.” Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Share

Pelakon Datuk Afdlin Shauki berkongsi berita bapanya Aksan Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.57 pagi tadi. Bapanya disahkan meninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan di HUKM Cheras malam tadi.
2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta.

Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!


Dalam perkongsian menerusi laman sosial medianya, Afdlin turut memuat naik foto bapanya di hospital sebelum menghembuskan nafasnya terakhir.

 

Afdlin turut meminta agar segala maaf dan kejhilafan bapanya dimaafkan oleh semua yang mengenali.
Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa.

Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa…

Sumber: afdlinshaukiofficial

IKLAN