Serbuk Colek Dari Air Tangan Sendiri, Boleh Sesuaikan Ikut Citarasa. Memang Puas Hati!

Share

Membayangkan sedang menikmati mangga muda sahaja  sudah boleh buat kita kecur liur jadinya.  Apatah lagi bila ada di depan mata, boleh buat tidak sabar untuk menikmatinya.

Lagi sempurna jika mangga yang ingin dimakan  turut tersedia bersama colek yang dibuat daripada air tangan sendiri. Oleh itu,  di sini turut dikongsikan bersama resipi untuk menyediakan serbuk colek untuk anda nikmati.

Selamat mencuba.

Serbuk colek

Bahan-bahan:

Segenggam udang kering

10 tangkai cili kering

3 inci belacan

2 cawan gula pasir

Cara Buat:

1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan.

2. Setelah sejuk, kisar halus bahan yang telah disangai bersama dengan gula.

3. Sedia untuk dimakan.

 

sumber :Siti Haidah Binti Berahim via MAHN

 

 

 

 

 

IKLAN