Tidak dinafikan dalam menyediakan masakan untuk keluarga, kita sebagai ibu cukup teliti orangnya. Bukan sahaja memastikan hidangan yang dimasak sedap rasanya bahkan turut memastikan ianya nampak cantik sempurna.

Jadi, bagi yang ingin mencuba menyediakan kuih seri muka boleh cuba cara penyediaan yang dikongsikan oleh  Noraslinda Md Radzhi ini. Kuih yang dihasilkan nampak begitu comel dan tentunya membuatkan anak-anak teruja untuk menikmatinya.

Seri Muka Durian

Seri Muka Durian Masak Guna Acuan, Nampak Lagi Comel & Begini Cara Buatnya!

Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah

2 cawan beras pulut ( basuh dan rendam selama 1 jam)

2 cawan santan

2 sdb minyak masak

Garam secukupnya (beras pulut di tapis dan masukkan dalam loyang bersama bahan-bahan lain, kukus hingga pulut masak)

Lapisan Atas

1 cawan durian

IKLAN

1/2 cawan tepung kastard

1/2 cawan tepung gandum

1 sdb tepung beras

2 cawan santan sederhana pekat

1 cawan gula

1 biji telur

Sedikit garam

IKLAN

Pewarna kuning

Cara-Cara:

– Blend semua bahan dan masukkan ke dalam periuk.

– Masak atas api kecil, kacau agak² periuk panas, angkat dan tekan-tekankan pulut dan padatkan

– Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut tadi dan kukus 40 minit.

– Sejukkan dulu baru dipotong.

– Untuk nak kukus guna acuan, saya guna acuan lompang saiz besar dan acuan disapu minyak. Pulut dilenyek dan masukkan dalam acuan. Tekan-tekankan dan ratakan isi pulut separuh acuan.

IKLAN

– Air kukus dah didih, pulut dikukus dulu kejap dan tuang adunan lapisan atas.

– Kukus 10 minit pertama api besar, 5 minit last api sederhana. Kuih dah sejuk baru keluarkan daripada acuan. Selamat mencuba!

Seri Muka Durian Masak Guna Acuan, Nampak Lagi Comel & Begini Cara Buatnya!

Sumber: Noraslinda Md Radzhi

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Seri Muka Durian Masak Guna Acuan, Nampak Lagi Comel & Begini Cara Buatnya!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI