“Sesiapa Boleh Tolong Ubatkan Saya.” Ustaz Kazim Elias Rayu Ubati Penyakitnya, Komen Aeril Zafrel Curi Perhatian!

Share

Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini.

Hal tersebut dikongsikan sendiri menerusi laman Facebook miliknya.

Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Facebook.

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.

Perkongsian berkenaan turut mendapat Reaksi dan komen daripada pengikutnya di laman facebook.

Rata-rata menyuarakan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi oleh pendakwah ini.

Malah, mereka turut menitipkan doa semoga penderitaan dan dugaan yang dilaluinya segera hilang dan diberikan kesembuhan dengan segera.

Dalam pada itu, komen pelakon Aeril Zafrel pada posting itu turut menarik perhatian warganet.

“Shooting kan ni ustaz?” tulis Aeril di ruangan komen status berkenaan.

Sehingga kini, pendakwah itu belum berkongsi lanjut mengenai hal tersebut.

Untuk rekod, tahun lalu ada laporan berita mengenai Kazim yang sedang sakit, dipercayai terkena buatan orang.

Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Kazim akibat terkena sihir.

Sumber: Dato’  Ustaz Mohd Kazim Elias

 

 

 

IKLAN