Setahun Menabung Dapat 12K, Cara Wanita Ini Bikin Netizen Inspirasi!

Share

Rasanya masih sempat lagi untuk kita mula menabung duit bermula Januari ini tahun 2022. Tinjauan di socmedia mendapati rata-rata warganet berkongsi hasil tabungan mereka selama setahun pada tahun lepas.

Warganet yang melihat cara simpanan begini begitu inspirasi. Ada juga yang berkongsi tip dan berkongsi gambar. Apa yang pasti, perkongsian ini akan ‘membakar’ semangat untuk menyimpan selama setahun.

Sebagaimana perkongsian wanita ini. Memang membuatkan ramai yang teruja. Tak cuba tak tahu. Mana tahu tahun ni, ada yang sanggup melakukan bisnes sebagaimana wanita itu demi mengumpul duit.

Jom lihat perkongsian ini.

Hasil menabung 1/1/2021. Target 1k sebulan. Setahun leh la 12k.Alhamdulilah. Allah bagi lebih Rm12,700.

Baru beli sebentuk cincin semalam. Niat nk belii gelang tapi suami kata baru je beli gelang-gelang  arwah ma bulan 9 hari tu. Simpan cash la pula. Nak tak nak kena akur. 

Jomm lah start menabung utk 2022 pula!

Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa terinspirasi cara wanita itu menabung. Ada yang bertanya bagaimana dia berjaya mengumpul duit dalam jumlah yang banyak setahun.

Wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia melakukan perniagaan menjual barangan daripada Kelantan. Dengan cara itu membantunya mengumpul duit selama setahun.

Dalam pada itu, warganet juga turut berkongsi hasil tabungan mereka selama setahun. Ada yang baru nak mula untuk menabung.

Apa pun, sempena tahun baru ni, semoga istiqomah sampai hujung tahun untuk menabung.

Sumber: Yanie Che Mat

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

IKLAN