“Seusia Mudamu, Pelbagai Kenangan Dikau Lalui.” Sempena Hari Lahir Anaknya, Titipan Ucapan Erra Fazira Buat Ramai Sebak!

Share

Tiada yang membahagiakan seorang ibu selain dari melihat anak-anak membesar dengan sempurna. Setiap kali menjelang hari istimewa seperti hari lahir, baik ibu mahupun ayah pasti tidak akan lupa.

Demikian juga dengan primadona Filem Melayu, Erra Fazira apabila meraikan hari lahir anak perempuannya Engku Aleeysa yang ke 12 tahun.

Belian menarik di SINI

Terbaru, Erra Fazira menerusi laman instagramya memuat naik video sambutan hari lahir buat anak kesayangannya itu. Walaupun sambutan hanya ala kadar dan sederhana namun menyentuh hati membaca kapsyen ibu ini.

Cuci mata barangan murah di SINI

Menerusi video tersebut, Engku Aleeysa dilihat terkejut dan malu-malu dengan ‘surprise’ yang dibuat oleh ibunya itu.

Boleh cuci mata DI SINI

Selamat Hari Jadi Anakku..
Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu ..

Mengimbas saat sakit melahirkan anaknya, akui Erra segalanya masih tetap segar dalam ingatannya.

Namun segala kesakitan tersebut terlerai tatkala melihat wajah si kecil buat pertama kali dulu. Malah, kehadiran Aleesya melengkapi hidupnya sebagai seorang wanita.

Masih segar dlm ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku .. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. hadirmu menyempurnakan hidupku .. Ya Allah.. terima kasih diatas anugerahMu.. 🥲

Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku..

– Mom

Dalam pada itu, Engku Emran turut menitipkan ucapan buat puteri kesayangannya itu.

Banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan

Aleesya sayang Ayah, you turned 12 today. I do not need to express my feelings and tell you how blessed i feel to be your father.

Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan. You may not realise or understand this now but through you Allah SWT has sent HIS guiding light.

We have faced the highs and lows together certainty way more hits than misses. Ayah doakan Aleesya sokmo berjaya dalam hidup, menjadi hamba Allah SWT yang sokmo taat pada Nya dan dikurniakan ketenangan yang abadi. Ameen Ya Rabb.

Sumber: errafazira & narmeukgne

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN