“Si Comel Ni Kemain Besar Dia Gelak.” Dipuji Rupa Macam Anak Korea, Ramai Geram Tengok Wajah Anak Izara Aishah!

Share

Si kecil ini antara anak selebriti yang menjadi tumpuan ramai. Tiap kali gambar atau videonya dikongsikan di laman sosial milik ibunya, pasti ramai yang memberi respond.

Irisa Alaia anak perempuan kesayangan pelakon Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid. Memiliki raut wajah comel persis orang Korea cukup menjadi perhatian ramai.

 

Terbaru, satu video dimuat naik yang membuatkan ramai terhibur. Gelagat Alaia yang ketawa tatkala dibaling plastik coklat oleh Izara mengundang reaksi ramai.

Walaupun mulutnya sedikit comot dengan coklat namun kaletahnya membuatkan ramai terhibur.

 

Semakin diagah, Alia semakin kuat ketawa membuatkan matanya yang sepet seolah-olah terpejam.

Sumber: zaraaishahofficial

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN