Simpan Barang Basah Cara Praktikal. Bantu Jimat Ruang, Duit & Masa. Bahan Pun Tetap Segar. Ini Rahsianya!

Share

Perasan tak,  sayuran atau barang basah yang disimpan dalam peti sejuk, lama-lama akan menyebabkan ia layu dan berbau. Bagi ibu-ibu yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak, pasti ini mendatangkan masalah kan. Lebih -lebih lagi bagi yang nak jimatkan ruang.

Sebenarnya ada cara untuk atasi masalah ini dengan menggunakan plastik kedap Perkongsian ini dimuat naik oleh Tisam Ibrahim 

Memanjangkan pahala ahli MAHN yg sudi ajar cara simpan barang basah dapur. Cara ni sy dah praktik spnjg PKP dan mmg terbukti dpt jimat duit, tak perlu pergi pasar byk kali dan menjimatkan ruang peti sejuk.

Ni rahsia dia. Ziplock bag. Berbaloi melabur beli ni. Perlu ada at least 2 size. Sy ada 3 saiz. Yg xde dlm gambar saiz L. Lupa nak ambik gambar. Dulu2 sy guna mangkuk aiskrim, mangkuk plastik jernih, bekas Ikea. Semua tak efisien sbb byk makan space. Pakai ziplock jimat ruang. Boleh basuh, lap, guna semula. Hanya buang bila dah bocor. Spjg PKP ni sy br buang 2 helai sbb kene sirip ikan.

Rahsia kedua; sapu tangan. Sapu tgn murah2 je kat kedai Mr DIY/Eco tu. Wajib guna utk alas dlm ziplock sayur2. Tujuannya utk serap lembapan. Air tu yg rosakkan sayur kita. Dulu2 sy guna tisu/kitchen towel tp tidak cost effective. Pakai sapu tgn boleh basuh dan guna semula. Yg ni sy pakai ziplock L.

Broccoli, celery, cauliflower potong2 dulu utk muatkan dlm ziplock. Jgn basuh. Kalau nak basuh pun, lap dulu sayur2 baru masuk ziplock. Tp sy x rajin. Nanti nak masak baru cuci sayur tu. Dlm gambar ni, broccoli dan celery tu dah seminggu lebih dlm fridge. Ni ziplock M.

Sayur berdaun pun sama. Petik2/potong2 dulu. Buang akar. Jgn basuh. Alas sapu tgn dlm ziplock dan simpan sayur. Sy dah buat dgn kangkung, bayam, sawi. Pernah sy simpan hampir 2 minggu. Masih elok tak rosak. Sayur berdaun sesuai dlm ziplock saiz L.

Kedai acheh jual pandan serumpun. Serumpun tu jugak boleh masuk dlm ziplock L. Senang. Jgn lupa alas sapu tgn juga.

Ni petua sy dpt dr group MAHN utk bg cili masak dan cili api tak kecut.
1. Buang tangkai cili.
2. Letak 3-4 ulas bwg putih
Mmg berkesan. Cili2 ni dah 2 minggu lebih bertahan.

Pantang tomato ialah jgn dibiarkan bergolek2. Alas dgn sapu tangan baru simpan tomato. Boleh guna cara ini utk limau dan lemon.

Daun sup, daun bawang, daun kari, daun limau purut, daun ketumbar dan daun kunyit yg kita paling membazir tiap kali memasak sbb kene beli byk tp guna sikit je. Boleh simpan lps ni. Berbeza dgn sayur2 sblm ni, yg ni kene cuci dulu. Cuci bersih2, potong, masuk ziplock S dan masuk FREEZER. Tak perlu alas sapu tangan.

Semua kacang2 masuk dlm ziplock. Yg ini org dah biasa buat.

Tips utk makanan basah; guna ziplock yg agk tebal. Ada ziplock khas utk freeze tp mahal. Guna yg biasa pun boleh cuma cari yg tebal. Tos dulu makanan basah baru masuk ziplock. Tak payah sapu tgn ye

Sama jugak. Dah guna nanti, basuh ziplock dgn sabun bersih2, lap dan guna semula selagi tidak bocor.

Cara susun

Susun semua ziplock secara menegak utk jimat ruang dan senang utk cari bahan masak.

Susun ziplock dlm freezer secara menegak. Bila dah keras, baru baringkan dan stack up. Jimat ruang.

Apa2 sayur akar/rhizome, cuci bersih dan rendam dlm air. Simpan dlm botol air/jar mcm ni. Tiap kali ambil utk guna sikit, ganti air. Yg kunyit tu dah 3 minggu lebih. Serai pulak dlm 2 minggu.

Susun ziplock secara mendatar dulu. Bila makanan dah beku, baru tegakkan. Jimat space dlm freezer.

Selepas disimpan

Dah lebih 2 minggu dlm freezer.

Dah lebih 3 minggu dlm freezer. Masih elok. Bila ditumis keluar bau kari mcm biasa.

Yg ni daun sup. Baru simpan dlm 4 hari.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

IKLAN