Simpan Santan Untuk Tahan Lebih Lama & Kekal Segar Jika Ikut Petua Ini. Semudah ABC!

Share

Santan mentah yang diperah secara asli memang sedap dimasak. Malah rasa lemaknya memang enak dibandingkan dengan santan kotak. Pun begitu santan jenis ini tidak mampu bertahan lama walaupun diletakkan dalam peti sejuk yang beku.

Santan Mentah Tahan Lama?

Apabila dimasak, jika dimasukkan ke dalam peti sejuk pada tempoh yang lama adakalanya buat teksturnya sudah tidak elok lagi. Rasanya juga sudah tidak lemak dan sedikit masam.

Bagaimana nak pastikan santan ini kekal segar?

CARA BETUL SIMPAN SANTAN
Ini yang penjual santan di pasar maklumkan kepada puan Radhiah Izzati. Katanya, peniaga jual nasi lemak yang kongsikan dengannya.
“Kalau nak santan lebih la.a dan pekatnya mantain ikut cara ini.
“Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan. Kemudian balut santan tu. Letak dalam freezer..
“Nanti yang beku tu kertas tu, santan dalam tu mantain segar dan tahan lama. Santan tetap beku tapi fresh. Dia tak akan ade lebihan air..
“Kalau macam biasa santan di bawah, air di atas kan? Nanti hasil yang ni semuanya santan pekat.

Cara 1:

1. Basahkan beberapa helaian surat khabar.

2. Bungkus kemas santan.

3. Simpan dalam tempat beku.

* Hasilnya walaupun santan beku tetapi tetap segar malah tidak terpisah air dan santanya. Malah ketika masak pun, santan tidak berketul-ketul.


Cara 2

:

1. Masak santan bersama garam hingga mendidih.

2. Sejukkan sekejap.

3. Kemudian masukkan santan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Cara ini buat santan dapat bertahan hingga 1 bulan.


Makanan bersantan kekal lama

Selain itu, makanan bersantan memang cukup sensitif kalau nak dimasak. Lebih-lebih kalau hendak disimpan keesokkan harinya atau lebih lama lagi.

Biasanya makanan bersantan jarang disediakan lebih awal, semuanya bagi mengelakkan ia basi.

Pun begitu sebenarnya ada cara nak pastikan makanan bersantan ini kekal lama. Bagaimana caranya?Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan sebarang kuah bersantan, pastikan dibiarkan ia direneh lama tetapi menggunakan api yang kecil. Cara ini buat santan masak sekata dan mampu bertahan lebih lama.

Asingkan Santan
Cara lain untuk pastikan menu bersantan bertahan lebih lama adalah dengan menumis bahan tumis dengan lama supaya apabila dimasukkan santan, ia tidak bertindak balas dan mengakibatkan santan lebih cepat basi.

Nak lebih hebat lagi, asingkan bahan tumisan dan kuah bersantan. Masak Lodeh misalnya, boleh dimasak tumisan bahan lodeh terlebih dahulu dan bila hendak makan, hanya masukkan santan dan didihkan seperti biasa.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN