“Simpulkan Batang Bagi Kukuh.” Tak Perlu Susah-Susah Nak Jaga, Ini Cara Tanam Pudina Paling Menjadi & Cepat Hidup!

Share

Banyak kaedah sebenarnya jika mahu menanam pokok. Ini salah satu kaedah yang menarik dikongsikan bagaimana nak tanam pudina. Cara ini dikongsikan melalui Facebook olehRina Kefele melalui page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Menurut Rina, kaedah ini cukup menarik sebab menurut beliau dengan teknik cara tanam pudina ini, pokok pudina lebih kukuh dan cepat hidup.

Jom kita tengok perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.

Macam2 cara dah teknik tanam pudina saya cuba, ini teknik yg paling menjadi.
Tak layu langsung. Tapi kalau kawan2 buat jadi layu jangan la salahkan saya pulak ye… 🙂
Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ni saya ambil dari group kbjts. Sebelum ni dia guna cara ni tanam pokok sireh.

  1. Saya petik dari pokok, ambil yg hujung2 dah berjurai.

2. Sediakan bekas n tanah. Saya guna tanah hitam je.

3. Buang daun dan simpulkan mcm ni.

4. Buat bnyak2

5. Tanam mcm ni, masuk n timbus tanah je. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram x lari.

6. Siap dua bekas big cup. Simpan tempat redup

7. Yg ni saya tanam seminggu dah. Langsung x layu, bawab tu ada takungan air. Simpan tempat redup.

8. Ni dah 2 bulan tanam.

Dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup. Selamat mencuba.

IKLAN