Siti Bersyukur Aafiyah Mudah Dijaga Ketika Tunai Umrah. Harap Ini Akan Datang Lagi Membawa Anaknya.

Share

Sungguh inspirasi melihat penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan umrah bersama puteri kesayangan, Siti Aafiyah Khalid menjadi kenyataan. Turut sama suami  beliau.

Melalui perkongsian di instagramnya, Siti Nurhaliza telah muat naik beberapa gambar dan rakaman video salah satunya ketika beliau dan Aafiyah menuju untuk melakukan Tawaf Sunat.

“Alhamdullillah, pengalaman umrah hujung ramadhan pertama kali buat Aafiyah..

“Pengalaman yg takkan saya lupakan sampai bila bila…Aafiyah anak yg baik & mudah nak di jaga.. Semoga Umrah ini bukan terakhir buatmu anakku..

Teruskan menziarahi Masjidilharam, MasjidilNabawi dan inshaaallah impian ibu kita ke MasjidilAqsa pula nanti ye.. 3 Masjid yang perlu kita usahakan utk ziarah bila kita berkemampuan.”

Pengalaman yang amat bermakna 

Aafiyah teruja semasa di Masjid Nabawi

Alhamdulillah

Untuk makluman, mereka selamat tiba di Mekah pada 24 Mei lalu.

Sumber: Instgram ctdk

IKLAN