Siti Saleha Sahkan Hamil Anak Sulung

Share

Selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri tanpa mengesahkan sebarang desas-desus, akhirnya pelakon popular, Siti Saleha mengumumkan bahawa dia kini sedang mengandung anak sulung.

Siti Saleha Sahkan Hamil Anak Sulung

Perkhabaran menggembirakan itu dikongsikan sendiri oleh Saleha menerusi sebuah video di Instagram yang memaparkan momen imbasan kandungan berlatar suasana romantik di Bali, Indonesia.

Menerusi kapsyen bersahaja, dia menulis:

“Josh makan terlalu banyak dan perut dia pun nampak buncit sangat. Jadi saya pun rasa nak ‘padankan’ perut dia dengan perut saya,” tulisnya secara santai.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi positif dan dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan artis yang teruja dengan berita tersebut.

Sebelum ini, menerusi laporan media pada 24 Julai, pelakon berusia 35 tahun itu pernah menyatakan bahawa dia masih belum bersedia untuk mendedahkan apa-apa berkaitan kehamilan. Namun, beliau juga memaklumkan bahawa penglibatannya dalam siri Bad Cop merupakan projek terakhirnya sebelum berehat panjang dari dunia seni.

Untuk rekod, Siti Saleha mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga seorang pereka fesyen, Joshua Fitton, pada Februari lalu.

Sumber: Instagram Siti Saleha

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my