Snek Legend Orang Dulu-Dulu! Kuih Siput Boleh Buat Idea Jualan Untuk Suri Rumah

Share

Bagi para ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa pastinya terfikir idea-idea mudah yang boleh dijadikan sebagai bahan jualan di rumah sahaja. Kuih siput antara kuih yang sangat mudah dibuat dan boleh disimpan sebagai stok.

Dengan resipi yang dikongsikan oleh Che Aziah Daud anda boleh buat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain caranya yang sangat mudah, rasanya juga sememangnya sangat sedap.

Kuih Siput

Bahan-Bahan: 

  1. 1 kg gandum
  2. 1 cawan majerin
  3. Air secukupnya
  4. Cili mesin (kalau nak pedas boleh letak banyak)
  5. Bawang besar blend sekali dgn cili kering (saya guna bawang besar banyak)
  6. 1 bungkus rempah kari daging
  7. Garam, gula, ajinomto
  8. Daun kari
  9. Minyak utk menggoreng

Cara-Cara:

– Mesin semua bahan hingga lembut, biarkan adunan setengah jam, tekan dengan acuan.

– Panaskan kuali, minyak mesti banyak, goreng hingga kekuningan, masukkan daun kari.

– Kacau selalu untuk dapatkan warna yang sekata. Angkat, biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.

– Kuih siput saya tahan sebulan lebih.

Sumber: Che Aziah Daud

IKLAN