Buat mereka yang suka masak makanan laut, apa kata hari ini masak sambal sotong. Tapi biasanya ada sambal sotong yang berkuah. Nak rasa lebih sedap, cuba resipi ini, sambal sotong kering. Memang superb sedap!

Ikuti perkongsian resipi ini.

Zie nak kongsi resepi sambal sotong cara zie. Jangan malas membaca. Sape malas dia masak tak sedap. Kalau nak buat sambal sotong ni, pastikan hari korang rajin nak kemas dapur. Kalau tak, korang akan stress tengok lantai dengan dinding.

RESEPI SAMBAL SOTONG KERING

Bahan-bahan:
– 1 kilo sotong
– 3 biji bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 13 biji cili kering. Zie guna cili kering yang besar-besar tu sebab yang ni tak pedas jadi anak-anak boleh makan. Kalau suka pedas, boleh tukar guna cili kering yang halus kerinting tu, tapi bilangan cili kena double la sebab yang tu kecil-kecil
– sedikit air asam jawa
– garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

IKLAN

Sotong Masak Sambal Kering, Toskan Dulu Sotong Supaya Sambal Tak Berkuah Dan Tak Liat. Inilah Resipi!

1) First sekali kena siang sotong. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti time masuk dalam sambal, sotong cepat kecut n keluarkan air yang banyak jadi sambal akan berkuah dan sotong jadi keras.
Biasa kalau beli sotong yang kecil tu, zie tak potong punn terus buat sekor sekor. Yang kecil ni biasa banyak yang ada telur kat dalam. Emmm dappp.
Kalau yang sederhana besar biasa zie potong 2 atau 3 je.
Ok, dah siap potong, wajib toskan dulu sotong tu sebab tak nak ada air. Selesai bab sotong, kita masuk bab sambal pulak ye.
Panjang betul penerangan pasal sotong. Tapi ni penting tauuu sebab tak nak sambal yang berkuah.

2) Rebus cili kering tadi dan blend bagi betul-betul lumat. Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih n blend sekejap je sebab tak nak terlalu lumat.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak n pecah minyak ye. Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama. Tengok gambar dekat bawah

IKLAN

Sotong Masak Sambal Kering, Toskan Dulu Sotong Supaya Sambal Tak Berkuah Dan Tak Liat. Inilah Resipi!

Rak masak mudah bersih, boleh ikut cara macam ini.

4) Masukkan sotong, garam dan gula. Bila dah masuk sotong, masak sekejap sehingga sotong masak. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.

IKLAN

Sotong Masak Sambal Kering, Toskan Dulu Sotong Supaya Sambal Tak Berkuah Dan Tak Liat. Inilah Resipi!

5) Dah siap dah masak. Sedapnya!

Ok, selamat mencuba!

Sumber: Haziraida Md Isa

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI