Spagetti Dengan Sos Pesto, Resipi Klasik Itali Yang Memang Sedap. Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ni.

Share

Bagi penggemar makanan western, apa kata cuba resipi ini, Spagetti dengan sos pesto atau juga dikenali sebagai Pesto Pasta.

Pesto dianggap sebagai salah satu sos tertua di dunia dan merupakan sebahagian daripada masakan Itali. Asasnya adalah basil wangi hijau dan minyak zaitun serta bawang putih dan pine nut yang memberikan rasa unik.

Rupanya mudah aje nak buat. Rasanya memang lain dan rasa fresh! Ikuti perkongsian ini saudara  Arif Eddy.

Selalu buat spaghetti Bolognese atau Carbonara kan? Hari ni kita tukar selera sikit. Jom buat Pesto Pasta yang senang ni. Boleh la nak masukkan apa-apa protein seperti ayam, udang, ataupun buat versi vegan menggunakan cendawan butang.
Resepi ada di gambar. 

Bahan-bahan: 

2 cawan daun basil segar
1/3 cawan pine nuts (saya guna pistachio)
1/3 cawan keju parmesan parut segar


3 ulas bawang putih (tiada dalam gambar)
1/3 cawan minyak zaitun
1 sudu teh jus lemon segar
1/2 sudu teh garam
Sedikit lada hitam

Kisar semua bahan jangan terlalu halus. Boleh simpan dalam peti ais. Letakkan sedikit minyak zaitun. Campuran ini dipanggil Pesto.

Tumis bawang putih dan ayam dengan minyak zaitun. Boleh tambah garam masa ni jugak.

Masukkan spaghetti yang telah direbus. Kemudian masukkan pesto.

Gaulkan dan letak tomato jika suka. Kalau nak lebih creamy boleh tambah air rebusan spaghetti sedikit.

Siap! Boleh makan dengan Kambing bakar macam ni. Saya beli segera yang ni hehe.

Taburkan parmesan untuk lagi uumph.

Selamat mencuba.

Sumber: Arif Eddy

ak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN