Stok Cili Kisar Lagi Cantik Bentuk & Warnanya Malah Tahan Lama Bila Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Step Nak Hasilkannya!

Share

Sambal yang sedap bukan sahaja terletak pada resipi dan cara memasaknya sahaja  bahkan proses penyediaan sambal juga memberi kesan pada tekstur serta warna sambal itu dapat dihasilkan. Malah jika betul cara pembuatannya, sambal tersebut dboleh bertahan dalam tempoh masa yang lama tanpa rasa masam atau berkulat.

Umpamanya, lihat sahaja sambal udang yang dimasak oleh Puan Aisha Shukor Mohd Fairuz ini dengan menggunakan stok sambal yang disediakan sendiri olehnya. Apa yang pasti, warna sambalnya cukup menyelerakan!

 

“Ok jom Cik Ecah share cara buat “STOK CILI BLEND SERBAGUNA TAHAN LAMA” Ni tangkal wajib ada dlm fridge..Nak buat asam pedas,kari,sambal tumis,sambal bali dan segala mak nenek masakan pun boleh..dok dapur xyah lama2 asalkan hari2 blk keje smp rumah kol7,kol7.30 dh blh mkn,kol8 dh settle hall ehwal perut ahahhahah”

Langkah demi langkah 

Step 1 : Ambil Cili kering yang berharga sepeket  RM5 dicuci bersih,selawat dan rendam dengan air panas dalam 10minit.

kalau rebus,kita akan dapat cili kisar yang berketul, tapi tahan lama juga. Jika direndam, cili tak tepu dan cantik sahajasama macam baru lepas kisar.

 

Step 2 : Gunting dan ramas bagi biji-bijinya keluar mana yang boleh. Kemudian masukkan ke dalam pengisar. Tuang minyak masak dalam setengah cawan.

 

Step 3 :

Masuk air panas dalam setengah bekas.

 

Step 4 : Mula kisar hingga halus.

Haaa ni cik ecah guna heavy duty blender Butterfly..kalau guna blender yg kecil sikif, jangan isi penuh-penuh ok..buat separuh-separuh dulu.

 

Step 6 : Siap-siapkan bawang besar sebanyak 5 biji dan dibelah kecil. Bawang putih kalau besar dalam 6 ulas, kalau kecil agak-agaklahla ye dan belacan sebesar ibu jari.

 

Step 7 : Kisar on n off..jangan tambah air lagi sebab kalau terlalu halus dan banyak air tu yang masa menumis tu mengalahkan org berperang..merecik habis satu dapor hihi..haaa cantik tak?

 

Step 8 : Ok sediakan tupperware,tipuware atau bekas-bekas kecil..bilas dengan air panas dan toskan kering..tuang stok kita

 

Step 9 : Amil sesudu garam dan tabur dipermukaan stok

 

Step 10 : Letak asam keping dua tiga keping tak perlu cuci..tujuan garam dan asam ni untuk pastikan stok kita tak mudah rosak atau cepat masam.

 

Step 11 : Sejukkan dalam 5minit. Boleh la tutup dan masuk fridge..bahagian atas ni stok boleh tahan 2 minggu..dan klau di frozen kan kat tempat beku boleh tahan lebih sebulan..Selamat mencuba

sumber : Main Masak2 Aisha Shukor

IKLAN