Tragedi enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas di lombong, Taman Putra Perdana, Puchong, 3 Oktober 2018 meninggalkan kesan pilu yang tiada penghujungnya.
Namun siapa kita untuk menidakkan apa yang terjadi. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Cuma kita tidak tahu tarikh dan waktunya kerana Allah rahsiakan saat kematian itu.
Sesungguhnya berat mata memadangan berat lagi bahu yang memikul. Kita sebagai khalifah ciptaannya, harus tabah dan reda setiap yang terjadi. Itulah yang dirasai oleh puan Shamiza Salleh isteri kepada arwah Adnan Othman, yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa lemas kejadian itu telah memberi impak kepada kehidupannya.
Namun, tidak mahu kesedihan menyelubungi diri sehingga menjejaskan cara hidup termasuk semangat anak-anak, Shamiza bijak mengawal emosi. Terdahulu, hasil perkongsian perkahwinan selama lima tahun, mereka dikurniakan dua anak perempuan Nur Aisyah Damia 5 tahun dan Nur Aliya Maisarah 3 tahun.
“Selepas kejadian itu, saya cuba sibukkan diri supaya emosi saya tidak terganggu. Bila penat, saya tidur dan apabila bangun, saya mulakan hari yang baru.
“Sebelum ini semua aktiviti saya lakukan bersama arwah. Jika saya duduk di rumah, bayangan arwah tetap ada. Saya tak boleh nak lari. Rumah ini adalah rumah saya dan arwah,” ujarnya dengan pilu.
Kuat demi anak-anak
Sungguhnya, luluh hati saat terkenangkan momen indah saat dengan arwah suaminya. Namun, Shamiza sedar bahawa anak-anaknya amat bergantung kepada dirinya. Ia memerlukan kekuatan dalaman untuk mengharungi cabaran.
“Anak saya, Mia, pernah cakap masa awal pemergian suami dulu, ‘mama jangan menangis. Ini kerana ketika itu, saya di mana-mana pun akan menitiskan air mata. Emosi tak boleh nak kawal.
“Malah, bila saya menangis, anak saya Mia pun turut menangis, katanya, ‘Mia pun ingat ayah, Mia rindu ayah.
“Oleh sebab itu, saya fikir, tidak perlu lagi sedih di hadapan anak-anak. Saya kena buat macam biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Saya kena kuat demi anak-anak, “ ujarnya yang merupakan pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan, Sungai Buluh.
Menurut Shamiza lagi, pada awal pemergian suaminya, anak sulungnya tidak bertanyakan ayahnya sebaliknya lebih gemar bercerita kenangan bersama ayahnya.
“Kakak yang sulung ni, dia tak tanya ayah pergi mana tetapi dia suka bercerita. Misalnya, ‘ibu, kedai ni ayah suka, jom kita pergi’, ‘lagu ayah lah’ dan ‘Mia pernah pergi tempat kerja ayah.’ Apa sahaja yang berdekatan dengan persekitaran akan dikaitkan dengan ayah.
Adik pula, belum boleh bercakap. Cuma bila nampak gambar dia akan duduk di sudut dan lihat gambar ayahnya.
Ads
“Saya berpesan kepada anak, setiap kali rindu, bacakan Al-Fatihah kepada ayah. Mia akan baca sebelum tidur dan dia akan kata, ‘good night ayah’, sayang ayah’. Bila Mia rindu dia akan peluk baju, lihat gambar dan baca doa buat ayahnya,” ujarnya dengan suara menahan sebak.
Arwah seorang yang ceria dan suka buat lawak
Sharmiza mengenali arwah ketika masih bergelar pelajar lagi, menyifatkan arwah suami seorang yang ceria.
“Arwah adalah seorang yang happy go lucky. Susah nak tengok dia marah. Tak kisah dengan sesiapa, jika marah atau penat, dia akan tetap senyum. Malah dia suka buat lawak dan mengusik saya sehingga kadang kala, saya buat tak tahu aje. Tetapi apabila semua ini tiada, saya rindu suasana itu,”ujarnya dengan sebak.
Detik memilukan hati
Siapa sangka, hari itu, suaminya ke tempat kerja adalah untuk pergi selama-lamanya. Peluk dan ciuman dari arwah juga yang terakhir buat diri Shamiza dan anak-anak. Meruntun jiwanya mengenangkan semua ini.
“Ketika hari kejadian. Saya dan suami baru lepas bercuti setelah suami mengikuti saya kerja luar di Perak.
“Cuma saya perasan, masa di Perak, suami menjadi lebih senyap daripada biasa. Dia bersikap memerhati anak-anak bermain dan tengok dari jauh. Biasanya dia tidak duduk diam.
Ads
“Pagi hari jadian, biasanya kami akan gerak bersama-sama. Tetapi pada hari tu, kebetulan semua jam dinding tak ada bateri. Saya lambat siapkan anak-anak. Arwah suami beritahu nak gerak dahulu ke tempat kerja.
“Cuma saya perasan, arwah pandang sekeliling rumah, salam dan peluk cium saya dan anak-anak, dan kata-katanya last, ‘oklah abang pergi dulu,’. Biasanya jika gerak sama, kami akan lambai antara satu sama lain dan kunci rumah sama-sama. Tapi hari itu, tidak seperti selalu,” ujarnya dengan suara menahan getar kesedihan.
Suami sudah tiada
Menurut Shamiza, malam kejadian yang meragut nyawa suaminya, hatinya mulai rasa seakan ada sesuatu yang akan terjadi setelah hampir lewat malam suaminya masih belum pulang dari tempat kerja.
“Dalam waktu Maghrib, arwah ada message beritahu ada kes di Cyberjaya. Selalu habis shift jam lapan malam. Saya anggap, mungkin esok balik. Tapi perasaan tu buat saya seperti menunggu arwah balik. Saya duduk di ruang tamu. Biasanya dalam jam 9.30 malam, saya dah bawa anak-anak masuk tidur. Dah dekat jam 10.00 malam saya bawa anak-anak masuk tidur.
“Dan dalam jam 10.00 lebih, saya dapat panggilan telefon daripada kawan arwah. Dia bertanyakan suami. Saya beritahu suami ada kes di Cyberjaya. Cuma dia pesan, kena banyak sabar jika dapat panggilan daripada balai.
“Saya pun terus Google, cari maklumat. Saya tengok semua video yang awal termasuk ada yang memberi CPR. Tapi saya tak anggap suami saya meninggal.
“Dalam tempuh mendapatkan pengesahan berita mengenai suami, saya akhirnya mendapat panggilan yang menyuruh saya ke Hospital Serdang. Tapi masa ini saya tak rasa suami sudah meninggal. Tetapi setelah panggilan seterusnya yang menyuruh saya terus ke bahagian forensik membuatkan saya bahawa suami saya sudah tak ada,” ujarnya menahan sebak.
“Memang saya sedih. Tidak dapat terima hakikat. Sehinggalah pihak hospital panggil untuk proses pengecaman mayat. Nak tak nak, benda dah jadi. Saya kena hadapi.
Ads
“Saya masih ingat kata, pegawai tu, ‘puan kenal mayat ni’. ‘Ye kenal. Ini suami saya’. Apabila saya lihat arwah hari tu, senyuman yang saya tengok hari-hari itu masih ada walaupun nyawanya sudah tiada,” ujarnya lagi.
Semua ini ada hikmah
Setiap kejadian yang berlaku, pastinya ada hikmah untuk kehidupan lain. Katanya, yang menyedari bahawa ramai orang disekelilingnya menghulurkan sokongan.
“Support system inilah paling kuat. Sebelum ini, memang duduk berjauhan dengan ahli keluarga. Tetapi apabila berlaku, lebih ramai yang datang memberikan kebaikkan.
“Sentiasa ada yang ambil berat tentang saya. Jadi, jika hilang seorang, kita tidak keseorangan. Tetapi lebih ramai yang sayang dan ambil berat pada kita.
“Kehilangan itu pasti berlaku. Cuma kita tak tahu masa dan bila berlaku. Pada awal, emosi kuasai diri.
“Tapi kena berubah. Ini kerana kita ada org lain yang bergantung harap pada saya. Seperti saya, apabila padang anak-anak, padanglah dengan rasa bahawa mereka perlukan kita dan kena kuat.
“Bagaimana anak nak kuat hari mendatang. Jika saya lemah. bagaimana saya nak cakap pada anak yang mereka kena kuat, sedangkan saya sendiri lemah. Jadi pengurusan emosi itu penting. Memang ada yang kata senang cakap, tetapi kita kena tanam dalam hati. Emosi ini tak akan hilang bila-bila. Sedih memang ada, tapi jangan biar ia kuasai kita,” ujarnya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Julai/Ogos 2019.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wow! Ada ya satu ubat yang ada dua fungsi? Macam tak percaya je! Ubat berkenaan bernama ASPIRIN ini.
APA KERJA DIA?
1. Sebagai ubat TAHAN SAKIT, nak lega kan sakit akibat pening, sakit gigi, sakit otot, senggugut (orang perempuan selalu kena), dsb.
2. Sebagai ubat CAIR DARAH, yang mana kome semua kena dapatkan surat ubat dari doktor dulu. Ubat ni lah yang akan elakkan DARAH BEKU seterusnya boleh elakkan SERANGAN JANTUNG atau STROK.
CARA NAK AMBIK UBAT NI MACAM MANA?
1. Boleh ambik macam tu je janji dengan SEGELAS AIR KOSONG.
atau
2. Nak LARUTKAN ia dalam segelas air sebelum diminum (bergantung pada jenis formulasi ubat tersebut).
Haaa, adalah lebih baik jika ambik ubat ni BERSAMA-SAMA MAKANAN atau SELEPAS MAKAN untuk elakkan pedih2 perut.
Sekarang, kita pergi pada part yang susah sikit…
DOS UBAT?
1. Kalau untuk TAHAN SAKIT: dos nya adalah 300-900 mg setiap 4-6 jam. Maksimum 4gm sehari. Kalau kome semua masih sakit lagi selepas 10 hari makan ubat ni, kome kena BERHENTI makan ubat ni dan rujuk doktor semula.
2. Kalau untuk CAIR DARAH: dos nya adalah 75-325 mg sehari. INGAT! Hanya DOKTOR SAJA boleh tentukan dos. Kome jangan nak memandai-mandai jadi doktor sendiri ya.
APA KESAN SAMPINGAN UBAT NI?
1. Loya
2. Muntah
3. Sakit perut
4. Pedih ulu hati
Kalau kome semua terus dapat KESAN2 ALAHAN macam ruam, sesak nafas, bengkak2 selepas makan ubat ni, kena BERHENTI MAKAN UBAT ya. Rujuk doktor semula.
FAKTA MENARIK?
1. Remaja 16 tahun ke bawah TAK BOLEH AMBIK ubat ni.
2. Yang ada ALAHAN pada ubat ni, memang TAK BOLEH la ambik ubat ni.
3. Kalau preggy, ingin preggy, atau sedang breastfeeding baby, inform doktor dulu.
4. Bagitau pada doktor kalau kome semua pernah ada masalah pedih perut, penyakit berkaitan darah macam anemia.
5. Aspirin BUKAN pilihan untuk sakit gout.
6. Kalau nak ambik ubat tahan sakit yang lain, atau yang minum alkohol tu, bagitau doktor dulu.
7. Sama juga yang nak amalkan supplemen2 tambahan, bagitau dulu pada doktor dan farmasis.
SIMPAN lah ubat ini dalam SUHU BILIK, tempat yang REDUP dan KERING!
Kalau ubat tu dah berbau masam macam cuka, tak payah lah ambik ubat tu lagi. Mungkin ubat tu dah rosak..
Sekian perkongsian pada hari ini. Semoga membantu. ??
Sumber: FB Faiz Akmal Mfa
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah malang pasangan kembar, Mohd khairul Danish dan Mohd Khairul Danial, 11, itu diketahui menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, apabila mereka diundang sebagai tetamu jemputan.
Malah, kisah mereka turut dimuat naik oleh Dr Kamilin Jamilin di ruangan Facebooknya baru-baru ini.
Selepas bersama MHI di TV3 pagi tadi, saya bertemu dengan dua anak kembar ini Daniel dan Danish yang kebetulan slot mereka selepas saya. Betapa anak kecil ini berusaha menahan air mata ketika berbicara.
Saya peluk mereka, pesan supaya rajin-rajin mengaji, insyaAllah jadi orang hebat suatu hari nanti. Nabi kita pun kehilangan ibu ayah masa kecil lagi, tapi Nabi tetap berjuang sampai berbilion umat Islam kini.
Mereka berdua dijemput bersiaran langsung demi mencari ibu mereka yang tidak pernah mereka temui kerana telah meninggalkan mereka sejak kecil lagi. Mereka juga langsung tidak mengenali siapa ayah kandung mereka kerana telah “hilang” sebelum mereka lahir melihat dunia.
Kini mereka di bawah jagaan rumah anak yatim Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam Selangor bersama 20 anak bertuah lain yang juga telah kehilangan nikmat ibu ayah.
Sayu mendengar kisah mereka di sana yang masih lagi bertatih untuk belajar membaca al-Quran dan belajar mengharungi hidup tanpa bimbingan dan senyuman orang tua kandung yang dirindui. Masing-masing ada masalah besar dan masalah sosial yang berpunca dari keluarga.
InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya bercadang untuk ke sana bersama anak-anak didik saya bagi memberi semangat anak-anak di sana mendekati al-Quran.
Buat mereka yang masih memiliki insan bergelar ibu ayah…
Hargailah nikmat ini yang terbesar di dunia. Dampingilah mereka sehingga mereka memejamkan mata meninggalkan dunia yang fana. Luangkanlah masa berbuka bersama mereka di kala detik paling bahagia buat mukmin yang berpuasa. Bersabarlah dengan mereka selagi hayat masih ada, kerana tiada kesabaran yang lebih mulia dari bersabar dengan orang tua.
Buat ibu pada Daniel dan Danish bernama Siti Norazimah binti Mohd Mazlan…
Jika anda membaca coretan ini atau ada melihat buah hati kembar ini di kaca TV siang tadi, kembalilah pada mereka. Rangkullah mereka selagi mereka masih bernyawa, merindui dan mengingati anda. Kelak anak-anak ini yang akan mendoakanmu dan menjadi sahammu tatkala anda bertemu dengan Tuhan-Mu.
Moga Allah mempertemukan mereka.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Ibu pergi sampai sekarang tak balik ambil kami…
Difahamkan, kali terakhir mereka berjumpa dengan ibu kandung ketika mereka berusia 9 tahun, manakala bapa mereka telah menghilangkan diri sebelum mereka dilahirkan lagi.
a
Mama datang la jumpa abang dengan adik…
Lebih memilukan, pengacara tersebut telah meminta dua beradik itu memberikan pesanan kepada ibu kandung mereka, namun belum sempat mulut berbicara dilihat air mata kanak-kanak itu telah terlebih dahulu mengalir.
Mungkin sudah begitu lama memendam rindu, pasangan kembar tersebut tidak dapat menahan sebak mengenangkan ibu mereka yang sentiasa dinantikan tanpa jemu.
“Mak datang la jumpa dengan abang dan adik, ambil la adik dengan abang bawa balik…”
Itulah ucapan kembar tersebut sehingga membuatkan suasana di studio menjadi pilu dan dapat dilihat salah seorang pengacara tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kata-kata dua beradik tersebut.
Di akhir rancangan, mereka sempat menitipkan doa buat kesejahteraan ibu yang cukup dirindui, semoga dua beradik ini dikurniakan masa depan yang cerah dan dapat disatukan semula dengan kedua orang tua mereka.
Setiap kali ulang tahun kelahiran benda pertama nak periksa semestinya kad lesen memandu! Mana tidaknya, kalau dah luput silap haribulan boleh kena saman kalau tak perasan!
Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ada memaklumkan pengguna jalan raya kini boleh memperbaharui lesen untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, berkuat kuasa 8 Mei 2023.
Syaratnya, lesen memandu yang diperbaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah dalam tempoh sah laku tidak lebih setahun.
“Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus,”
“Bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30,”
katanya.
Cara renew lesen memandu
Kini korang sudah boleh memperbaharui lesen memandu secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi. Klik laman web rasmi MySikap.
Puding kastard tiramisu biskut cream crackers, pemanis mulut menggoda selera. Tiramisu merupakan pencuci mulut yang semakin mendapat tempat di hati ramai penggemar makanan manis.